Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Friday 24 January 2014

Cerita Yang Perlu Dibaca - Insyaallah Bermanfaat

Ini hanyalah sebuah cerita kalau kita anggap ianya hanya cerita.  Tetapi kalau kita hayati pengajaran di sebalik cerita ini, insyaallah bermanfaat.

Ceritanya:

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. 

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan.  Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.                                                                                                                                                                                                                                                                       
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.  Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.                                                                                                                                                                                                              
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." 

Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.                                                                                                                                                                                                                                                                  
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.                     

"Paham cikgu..."                                                                                                                                                                                                                                                                     
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.                                                                                                                                                                                                                                     
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .                                                                                                                                                                    
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.                                                                                                                                                                 
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan."                                                                                                                                                                                                              
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."                                                                                                                                                            
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".                                                                                                                                                                 
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...                                                                                                                                                               
Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.

Notes: cerita ini dipetik dari sebaran di internet dan bukan karangan Papa.

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Berikut adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W dan khasiatnya.  Mungkin ada yang nak ikut amalkan amalan permakanan ini.  Kalau niat kerana ikut sunnah insyaallah akan dapat pahala.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W          

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.         

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.     

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut   

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.          

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.          

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.          

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.          

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.          

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.          

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati


7 Sunnah Rasulullah S.A.W

7sunnah Rasulullah S.A.W yang perlu kita cuba amalkan.  Buat yang termampu.  Mungkin tak dapat nak buat semua, dapat buat few dulu pun ok.  Then improve over time.


Thursday 23 January 2014

Gunakan Media Sosial Dengan Berhemah

Rasanya ramai yang dah discuss pasal benda ni sebenarnya.  Just nak tambah sikit la.  Bila tengok gambar kat bawah ni, betul jugak.  Kadang-kadang apa yang kita buat di media sosial ni kalau kita tak delete boleh di access sampai bila-bila.  So kalau kita tak delete benda2 tak elok yang kita tulis, upload dalam media sosial, dan kekal di dalamnya.. Selagi orang tengok, akan mendatangkan dosa jugak kepada kita.  So berhemahlah dan gunakan media sosial untuk kebaikan.




Nice Speech From Muhammad Ali the Boxer

Nice Speech From Muhammad Ali the Boxer

You should listen to this video.



Thursday 9 January 2014

Jadual Puasa Sunat 2014

Marilah kita cuba amalkan sebanyak mana puasa sunat mengikut kemampuan kita.  Semoga amalan kita ikhlas kerana Allah dan diterima oleh-Nya.


Wednesday 8 January 2014

Renungan

Sehebat mana pun manusia itu, sebaik mana pun permulaan hidup seseorang itu.  Tetapi yg menjadi penentu hala tuju seorang muslim ialah dikala matinya.  Jika matinya dalam keadaan kafir maka bersukarialah syaitan kerana itulah janji & matlamat syaitan utk menyesatkan manusia.

Oleh itu sentiasalah kita berdoa semoga kita dikurniakan pengakhiran yang sempurna.


Monday 6 January 2014

Surah Al Quran & Kelebihannya

 Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.

 Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.   
     
 Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.      

 Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.   
    
 Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.  

 Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.      
  
 Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

 Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.   
     
 Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.         


 Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Thursday 2 January 2014

Ikan Besar Terdampar Di Sandakan


Ramai orang dah shara di FB dan whatsapp berkenaan kisah ikan (besar betul) yang terdampar di Sandakan seperti dalam gambar di atas.  Papa terfikir, banyaknya jenis ikan yang kita tak tahu kewujudannya.  Selama ni kalau ikan besar kat dalam laut tu yang kita selalu kenal ikan paus jer la.

Alangkan banyaknya species ikan yang Allah ciptakan.  Kalau di kira pulak semua hidupan laut + semua hidupan darat + semua hidupan (alam semesta); Maha Suci Allah.  Dialah yang maha pencipta.  Bayangkan sedikitnya ilmu kita berkaitan hidupan yang Allah ciptakan.  Kecilnya pengetahuan kita berbanding dengan pengetahuan-Nya.

Semoga kita bertakwa.


Sedikit pengisian tahun baru

Written by Ustaz Don Daniyal; just sharing

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.