Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Wednesday 19 March 2014

Nikmat Hujan

Dua tiga hari lepas Klang Valley dikurniakan Allah dengan hujan.  Alhamdulillah.  Setelah kita dilanda dengan jerebu dan masalah air, hujan turun meredakan sikit masalah tersebut.

Dalam tempoh tu Papa ada terdengar seseorang berkata, "patutlah hujan, buat pembenihan awan rupanya".  Betul tu.  Kerajaan kita ikhtiar dengan pembenihan awan dan dengan izinNya, maka turunlah hujan.  Usaha kita takkan terhasil tanpa ada Allah yang mengizinkannya.

Cuba kita ingat kembali.  Dua atau 3 minggu lepas kerajaan nak buat pembenihan awan tetapi tak dapat dilaksanakan kerana kurang awan.  Masa itu Allah tidak mengizinkannya dengan dikurangkanNya awan di udara kita.  Kemudian kerajaan tangguhkan pembenihan awan kerana beri priority kepada pencarian MH370.  Nah sekali lagi Allah tidak izinkan.

Alhamdulillah kali ini Allah izinkan dan moga-moga hujan turun bersama dengan rahmat Allah.

Wallahualam


Friday 14 March 2014

Tragedi MH370

Tragedi MH370 masih misteri.  Sehingga tulisan ini, tiada petunjuk yang boleh dijadikan main klu untuk menjejaki pesawat itu ataupun untuk mengetahui nasibnya.  Banyak spekulasi timbul.  Papa tak nak cerita pasal spekulasi-spekulasi tu sebab tak membawa kita ke mana pun.

Apa yang Papa nak cakap;

1. Papa rasa musuh kepada teknologi ialah teknologi juga.  Kalau kita tgk, kita gunakan teknologi untuk mencari pesawat yang hilang.  Tapi dengan kecanggihan teknologi media massa juga, banyak spekulasi-spekulasi, bukti-bukti palsu, "lead" yang tak disahihkan bertebaran di ruang internet sehingga pihak SAR terpaksa buat keje lebih skt untuk mengesahkan info-info yang diterima.  Ini kerana setiap suatu laporan tidak boleh dipandang enteng sehingga disahkan kesahihannya.  Jadi agak buang masa kan?

2. Yang mencipta teknologi ialah manusia dan yang guna juga adalah manusia.  Jadi kalau digunakan dengan baik maka baiklah resultnya dan kalau digunakan dengan tidak baik, tidak baiklah jadinya.  Apa yang kita lakukan bergantung kepada niat.  Kalau sekadar nak naikkan visitor atau like FB tak payah la.  Susahkan orang sahaja

3. Tiba-tiba kita mulai kenal banyak pakar dalam negara kita.  Mungkin musibah ini mendatangkan kebaikan kepada mereka di mana orang mulai kenal fungsi mereka

4. Dan ingatlah bahawasanya yang mencipta teknologi ialah manusia dengan ilmu dan ilham yang dianugerahkan oleh Allah.  Jadi adakah ilmu kita dah cukup untuk atasi ilmu Allah?  Mestilah tidak.  Justeru itu teruslah memohon kepada Allah agar dibukakan jalan penyelesaian kepada kita.

5. Dalam pencarian pesawat ini, janganlah kita campur adukkan dengan benda yang khurafat.  Rasanya tau kot apa yang Papa maksudkan.  Papa glad pihak yang bertanggungjawab dah hantar wakil ke KLIA untuk memantau perkara ini.

6. Dengar di radio, "keranamu MH370".. ada yang tiap-tiap hari baca Yassin.  Di mana-mana ada yang buat bacaan Yassin dan doa selamat.  Dan notis jugak, kurang laporan2, cerita-cerita politik yang kadang2 penat nak baca/dengar.  Mungkin Allah nak ingatkan kita.  Masing2 kita muhasabah diri dan banyak2 beristigfar.  Moga-moga Allah bukan hanya tunjukkan kita jalan penyelesaian kepada MH370 tapi juga menurunkan hujan untuk mengatasi masalah kemarau, air dan jerebu.

7. Marilah kita berdoa kepada kebaikan dan kita serahkan kepada pasukan SAR untuk membuat pemantauan kepada pencarian MH370.  Bagi mereka sokongan dan semangat bukannya "kondem"

Mohon maaf sekiranya ada statement di atas yang menyinggung.