Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Saturday 28 March 2015

Mati Itu Pasti

Apabila seseorang yang rapat dengan Papa, masih muda dan tidak pernah disangka akan 'pergi' seawal ini, kesannya sungguh mendalam.  Benarlah orang kata hidup ibarat pelita, bila2 masa apinya boleh padam.  Mungkin minyaknya habis, atau ditiup angin.

Betapa kita tak tahu bilakah masa kita.  Adakah kita sudah meminta maaf kepada orang yg kita buat salah? Adakah kita sudah memaafkan kesalahan mereka yg kita sayang? Dengan orang tersayang lagi cepat tersinggung bukan?

Mungkin mulai saat ini kita perlu sentiasa memohon maaf dan memaafkan.  Juga sentiasa berfikir untuk berbuat baik dan tidak berbuat jahat terutama dengan manusia.

Kerana mati itu tidak kita ketahui masanya, tetapi mati itu pasti.

Friday 27 March 2015

Kisah Tauladan

just read,, n understand. """Kawan memecut motosikal dengan cermat. Balik dari hospital.
Meredah jalanraya di malam hari. Gelap betul. Lampu jalan pun jarang-jarang kelihatan.
Aku membonceng di belakang. 
Tiba-tiba di hadapan ada sekatan jalanraya. Ada polis.
Oh. Bukan. Ada kemalangan di hadapan. Sebab itu ada polis.
Kami sampai di tempat kejadian. Kawasan tu agak sunyi. Kenderaan pun jarang lalu situ.
Mungkin kami antara yang terawal tiba. Nasib baik ada abang polis trafik lalu.
Kawanku memberhentikan motosikal. Aku gigil sikit lutut. Tengok darah mengalir di atas jalan. 
Penunggang motosikal ni. Macam kes langgar lari saja. Sebab tiada kenderaan lain di situ kelihatan. Motosikal je berderai. Penunggang dah nyawa-nyawa ikan. Kaki sebelah entah ke mana. Patah tulang.
Aku gagal menapak menghampiri mangsa. Gerun. Takut. Tak biasa. Tiada siapa nak tolong mangsa. Polis pun tengah sibuk hubungi ambulans dan kawal lalu lintas.
Kawanku meluru ke arah mangsa. Aku terpaku melihat dia memangku kepala mangsa dan meribanya. Perlahan-perlahan diajarnya mengucap syahadah. Mangsa tercungap-cungap mengucapkan sesuatu pada kawanku.
Tak lama kemudian, mangsa diam. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.
Kawanku mengambil sesuatu dari poket seluar mangsa. Henfon dan dompet. Ku lihat dia menekan-nekan fon tersebut. Dari dompet, dilihatnya IC. Kemudian, dia serahkan pada polis dan bercakap-cakap sesuatu dengan polis. 
Datang ke arahku. 
""""Dia cakap apa dekat kau?"""" Tergesa-gesa aku bertanya.
""""Dia suruh aku balas mesej mak dia. Tadi, tengah dia bawa motor. Mak dia mesej. Baru saja nak reply, jadi macam tu.
Dia suruh aku balas pada mak dia, dia minta maaf atas segalanya. Dia dah belikan mee goreng untuk adik-adik yang kelaparan dekat rumah.""""
Aku ke motosikalnya. Masih elok bungkusan mee goreng dalam raga motosikal.
""""Kita tolong hantarkan. Jom."""" Kawanku menarik tanganku cepat-cepat.
Start motor. Ikut alamat yang dia tengok di IC mangsa tadi. 
Sampai di rumah mangsa. Kami serahkan mee goreng tadi kepada ibu mangsa. Ada empat budak kecil. Mungkin adik mangsa. Aku dapat rasakan mangsa betul-betul abang yang sangat baik.
Kawanku khabarkan berita duka pada ibu mangsa. Hampir nak pitam. Disambut deraian air mata.
**
Dalam perjalanan pulang, kami banyak berdiam diri. Aku lihat air mata mengalir di pipi kawanku. Aku pun sama.
Kawanku bersuara sayup-sayup kedengaran,
""""Bila kali terakhir kau mohon maaf pada orang tua kau?""""
""""Bila kali terakhir kita mohon ampun pada Allah? 
Sampai bila kita nak dingin pada Allah?""""
Bagai tertusuk duri.
Esok belum pasti. 
Mati itu pasti. 
Kesudahan aku? 
Kesudahan kita?
Siapa tahu.

Wednesday 18 March 2015

Pahala Kaum Hawa

Sayidatina Asma binti Yazid merupakah seorang wanita Ansar. Suatu hari, beliau bertemu Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, Tuan lebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya.

Saya ialah utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa Tuan. Sesungguhnya Tuan diutuskan sebagai Nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah kami kaum wanita beriman dengan Tuan dan Allah SWT.

Namun, kami tinggal di dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami menjadi teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami.

Namun, kaum lelaki mendahului kami dalam amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, bersolat jemaah, menziarahi orang sakit, menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan mereka berjuang di jalan Allah SWT.

Apabila mereka pergi haji atau berjihad maka kamilah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan menjaga anak-anak. Adakah kami tidak dapat berkongsi pahala amalan mereka?”

Setelah mendengar soalan itu, Rasulullah SAW berpaling ke arah para Sahabat lalu bertanya, “Pernahkan kamu mendengar seseorang bertanyakan soalan agama lebih baik daripada wanita ini?”

Para Sahabat menjawab, “Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh bertanyakan soalan sedemikian.”
Kemudian, Baginda berpaling ke arah Asma dan berkata, “Dengarlah dengan teliti dan cuba fahamkan.

Kemudian, pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carikanlah kesukaannya serta tunaikanlah kesukaannya itu.

Maka, pahala bagi semua amal kebajikan tadi adalah sama antara kamu dengan mereka.”

Moral:

Keutamaan ibadah wanita dalam mentaati suami (dalam perkara ma'ruf)..

Itulah sifat para wanita pada zaman Rasulullah SAW yang mahu berlumba-lumba dalam memperoleh pahala.

Disebabkan kaum wanita pada zaman itu kebanyakannya tidak terlibat dalam amal-amal ijtimaie yang besar ganjarannya, maka mereka berasa bahawa pahala amalan mereka berkurangan.

Maka, sebab itulah mereka menghantar Sayidatina Asma sebagai wakil untuk bertanyakan hal tersebut.

Maka, Rasulullah SAW memberitahu bahawa, hanya dengan mentaati suami dan menyempurnakan kesukaan suami, kaum wanita tetap mendapat pahala yang sama seperti pahala suaminya.

Monday 2 March 2015

KISAH PENGAJARAN-JGN CEPAT MENGHUKUM

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

Sunday 1 March 2015

'KEDEKUT' TAPI PEMURAH

Sedang makan di sebuah food court (dalam mall), ternampak kelibat seorang cleaner lelaki sedang menuang air yang tidak habis (agak bnyk juga) ke dalam sebuah botol lalu disimpan.

Mula2 rasa jijik juga melihatnya namun terfikir bahawa mungkin air tu jenis mahal, tak mampu kot cleaner tu nak beli tp tekak teringin.  Ye lah dok tengok tiap2 hari orang beli.

Di food court begitu, air soya yang selalu di luar harga rm 1.50 pun boleh jadi rm3.00.  Papa ni kalau makan kat food court Mid Valley misalnya air beli siap2 kat Carrefour (sekarang AEON). JIMAT.

Berbalik kepada kisah tadi, Papa fikir...dalam kita berkemampuan membeli dan menikmati makanan yang kita hajati, ada di luar sana orang yang tidak mampu.

Anak2 kita mampu paling tidak KFC sebulan sekali tetapi ada di antara (x payah pg jauh) kawan2 mereka di sekolah yang tidak mampu.

Adakah kita bersyukur dan tidak membazir? Bersyukur biasa la.  Semua tahu.  Papa pun pernah buat entry pasal bersyukur.

Membazir? Adakah kita suka membazir atau kita ikut kemampuan? Cerita tadi, kenapa terlalu bnyk air tak dihabiskan? Kita ni kadang2 lepas makan bukannya minum banyak sangat, boleh je share2 air anak beranak.  Macam kedekut pulak ye?  Tapi ambik konsep begini...katakan 2 air minuman harga rm6, tp kita pakai concept sharing td(sbb tau xkan hbs especially bebudak), beli satu je.  Jimat rm3.  Rm3 yang kita 'kedekut'kan tu boleh kita gunakan untuk bersedekah.

Okaylah....cth tu mungkin nampak kecil.  Ye lah nak relate dengan citer air tadi.

Dalam scope yang lebih luas, ada orang yang berkemampuan membeli kasut, beg tangan jenama mahal2..Bukan satu, dua..tapi simpan berbagai koleksi.  Beribu riban dibelanjakan, tetapi akhirnya yang dipakai adalah 'favourite' sahaja.  Itu yang diulang2 pakai.  Membazir tak rasa? Papa mention dia mampukan tadi? Cuba pikir, kalau dia 'kedekut', beli sekadar apa yang perlu, nescaya duit yang lebih tadi dia mampu bersedekah. 

Pilihan di tangan kita.  Tak salah jadi 'kedekut' di satu sisi tetapi pemurah di sisi yang lain.

Wallahualam.