Hari raya Papa kali ini lain sikit dari tahun-tahun sebelumnya. Amat berbeza. Banyak perkara baru akan Papa lalui pada Aidilfitri kali ini. Insyaallah, Papa sentiasa positif dan menanti hikmah Syawal.
Insyaallah Hari Raya kali ini semua keluarga Papa (ibu-bapa dan adik beradik akan berkumpul). Terubat sikit la hati Papa sebab kali ni Papa tak dapat nak beraya bersama keluarga Papa sendiri. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Insyaallah lepas beberapa Syawal Papa akan beraya bersama keluarga Papa sendiri.
Hari raya kali ni, Papa niat nak bersedekah sebanyak mungkin. Kalau hari raya sebelum ni, kalau ada budak2 yg datang nak beraya (yang tak kenal dan tak ketahuan dari kampung mana datangnya), Papa tak suka layan. Papa selalu kata dalam hati, "dorang ni nak duit ajer". Tapi semalam Papa terpikir. Entah-entah yang datang tu anak orang miskin. Jadi bila hari raya, sanggup kayuh basikal jauh-jauh, pergi banyak tempat mengharapkan sedekah. Insyallah kali ni Papa akan sambut mereka, jamu mereka dan berikan sedikit sedekah. Papa harap diberikan kekuatan untuk melakukan perkara ini. Insyaallah.
Ok lah cukuplah pasal Papa. Papa nak tulis tadi pasal mungkin nak ingatkan diri Papa dan rakan-rakan yang membaca tentang amalan2 yang boleh kita lakukan di bulan Syawal ini dan seterusnya amalan2 yang boleh kita lakukan sehingga Ramadan datang lagi.
Actually, banyak blog-blog yang boleh kita baca yang siap dengan huraiannya sekali. Papa pun ambil ni dari Blog lain juga, cuma Papa tolong ringkaskan sajer. Kalau nak huraian lanjut, boleh tanya Syeikh Google.
SEBELUM 1 SYAWAL
- Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.(Papa - tolong lah ingat akan kewajipan kita ini)
- Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
- Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
- Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
- Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.
PAGI 1 SYAWAL
- Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
- Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
- Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
- Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
- Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
- Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
Dan selepas Hari Raya teruskanlah menjaga solat 5 waktu dan berusaha untuk rajin solat berjemaah. Rajin2kan lah diri berpuasa sunat di bulan2 yang lain termasuk lah puasa 6 di bulan Syawal.
Insyaallah, Papa juga akan usahakan. Kalau tak dapat jemaah di masjid/surau, Papa akan solat jemaah bersama isteri dan anak-anak Papa.
Papa juga nak cuba banyakkan puasa sunat. Semoga Allah beri kekuatan kepada Papa.
No comments:
Post a Comment