Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Thursday 29 May 2014

Halal Dan Haram

Dah lama Papa tak menulis dalam blog Papa sebab kesibukan kerja.  Hari ini ada kelapangan, Papa ingat nak tulis sikit pasal halal dan haram ni.  Tapi Papa ni bukan orang yang arif, ini Papa tulis berdasarkan pandangan Papa dan jika ada silap tolong tegur.  Tegur menegur tu amatlah baik kita laksanakan dan bila menegur, tegurlah dengan elok supaya tidak aibkan orang yang kita tegur.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu DNA babi dalam chocolate Cadbury.  Menurut maklumat, consumer terbesar cadbury ialah Melayu yang boleh dikatakan majority ialah muslim.  Nahusubillah.  Yelah, Papa walaupun tak suka makan chocolate sebab manis, tapi bila beli chocolate tu memang jenama Cadbury antara pilihan.  Tapi Allah maha mengetahui, macam ulasan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang Papa baca di Yahoo!Malaysia (click sini); kalau di makan secara tak sengaja tak berdosa (semoga Allah ampunkan kealpaan kita).

Tapi itulah, Papa rasa kalau kita pergi ke negara bukan Islam misalnya, kita lagi confident rasanya kalau barang tu ada logo halal.  Contoh, Papa ke Singapore, mana-mana kedai makan (fast food) yang ada logo halal, Papa yakin halal.  Dalam USS pun, restaurant yang ada logo halal kami sekeluarga makan di situ tanpa ragu-ragu.  Tapi di Malaysia ni, yakin ke kita?  Adakah perlaksanaan dan pemantauan kita berkesan?  Masa ambil sijil halal patuh, lepas dah dapat, ikut bedal (mungkin nak jimat kos?).  Wallahualam.  Tapi itulah dilema kita sebenarnya di Malaysia ni.

Dalam pada itu, diri kita sendiri.  Adakah kita sentiasa berhati-hati dengan halal dan haram?  Bila kita nak buat sesuatu perkara, adakah kita fikirkan dulu dosa dan pahala?  Papa berikan beberapa scenario di sini:

1. Bak tulisan Dr Asri; ada yang lebih besar dosanya dari makan babi iaitu rasuah dan sebagainya yang tidak diambil berat sangat.

2. Notis tak kadang-kadang ada yang makan kedai India (yg nampak macam kedai mamak tu); halal ke?  Ada tak logo halal?  Papa dulu pun jenis yang tak ambik berat.  Pernah Papa makan di kedai macam tu di Bangsar(Papa ingat kedai mamak muslim), Papa notis yang dia tak jual daging lembu.  Papa mula ragu dan Papa cari certificate halal tapi tak jumpa.  So Papa dah tak makan kat situ.  Kedai tu memang ramai melayu makan.

3. Pernah juga Papa makan di kedai kopitiam yang agak terkenal.  Juga Papa tak nampak certificate halal

4. Ada orang yang Papa kenal tak nak makan di kedai yang dikendalikan oleh Cina (selalunya di food court), walaupun ada certificate halal.  Yang Papa tahu, kalau di KLCC, AEON, dsbnya, memang semua pengendali gerai makanan dalam food court tu halal.  Alasan mereka, walaupun halal tapi kalau non-muslim masak pun tak elok.  Papa hormat pendirian itu. tapi jangan pulak bila kat buffet hotel-hotel bedal tak ingat.  Yakin ke muslim yang masak makanan kat hotel tu?

5. Ada orang menulis di FB, menarik jugak apa yang dia tulis..lebih kurang macam ni la.."sibuk dengan chocolate haram.  Tapi masih ada lagi orang duduk lepak luar masjid sambil hisap rokok yang memang dah difatwakan sebagai haram".

Berdoalah kita semoga kita didorong ke arah perkara kebaikan.

Wallahualam.