Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Wednesday 25 January 2017


Amalan Yang Membawa Keberkatan

Pengkongsian dari sebaran whatsapp

Assalamualaikum wrt
Nak kongsi bersama amalan yg membawa keberkatan.

Setiap muslim mendambakan keberkatan dalam rezekinya. Ini adalah antara amalan yang dapat mengundang keberkatan dalam rezeki kita jika dilakukan. Jika tidak mampu melakukan semuanya, lakukanlah sebahagiannya.. (Adaptasi daripada kitab al-Barakah fi Fadl al-Sa'y wa al-Harakah, Karya Muhammad bin Abdurahman bin Umar al-Hubaisyi al-Wusabi). Amalan yang mengundang keberkatan, antaranya:

1. Menjaga solat fardhu lima waktu 
2. Ramah & suka bergaul 
3. Membanyakkan istighfar pada setiap pagi dan petang 
4. Suka meminta nasihat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan
5. Sentiasa menjaga wuduk 
6. Meminum madu
7. Berjimat cermat
8. Tidak kedekut berbelanja untuk keluarga
9. Menghormati para ulama
10. Berbuat baik kepada anak yatim
11. Banyak diam daripada berbicara
12. Mengisi waktu antara solat Maghrib dan Isyak dengan ibadah
13. Berlemah lembut terhadap isteri dan anak-anak
14. Tidak berbicara kecuali apabila diperlukan
15. Tekun menuntut ilmu
16. Menanam pokok
17. Mengamalkan makan bersama
18. Keluar pagi untuk mencari rezeki
19. Memberi dengan murah hati
20. Membanyakkan selawat
21. Menyambung silaturahim
22. Membantu orang susah
23. Membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu
24. Menamai anak dengan Muhammad atau Ahmad
25. Bersedekah di awal pagi
26. Sering melafazkan syukur dan memuji-muji Allah s.w.t.
27. Membela kambing
28. Melazimkan solat Duha
29. Membanyakkan puasa sunat
30. Memberi salam ketika masuk rumah
31. Beriktikaf di masjid dan mengimarahkannya
32. Menghormati makanan
33. Menjaga solat witir,solat subuh & solat rawatib
34. Membela orang lemah dan asing
35. Berniaga dan bermusafir untuk mencari rezeki
36. Mengasihi semua orang
37. Berkahwin
38. Selalu membaca Al-Quran
39. Bertakwa & bertawakal kepada Allah
40. Membanyakkan Ibadah haji dan umrah

(Petikan dari Majalah al-Ustaz isu 29 iaitu 40 amalan pembawa berkat. Moga bermanfaat!)

@MyJakim