Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Tuesday 13 August 2013

Ziarah di Bulan Syawal - Manfaat

Hari raya kali ni Papa berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama dan juga bekas-bekas guru.  Rasa sungguh bermakna raya kali ni.  Setelah sekian lama Papa asyik tangguh-tangguh nak pergi menjejak kembali ke tempat Papa dibesarkan, akhirnya Papa kembali juga ke sana.  Rasanya lebih 10 tahun jugak tak jejak tempat tu.  Banyak perubahan yang Papa tengok.  Sekolah rendah Papa pun dah bukan papan lagi, dah ada macam-macam tempat nak pergi shopping.  Tesco, Econ Save, AEON dan macam-macam lagi dah naik.  Jalan pun dah besar.  Kalau dulu taman Papa tu rasa besar sangat, sekarang rasa kecik sangat-sangat.  Mungkin sebab dah banyak rumah kedai dan rumah-rumah baru dah naik.  Kalau dulu lalang dan semak jer.  Faktor-faktor pembangunan yang membuatkan jarak terasa dekat walaupun pada hakikatnya sama jer kan?

Papa berkesempatan singgah di sebuah masjid di dalam kawasan taman tempat Papa dibesarkan.  Nostalgia memghambat Papa.  Dulu-dulu, di taman ini tiada masjid, yang ada hanyalah surau kayu.  Papa masih ingat lagi, tempat wuduk di bawah, lepas tu kena naik tangga untuk solat di atas.  Kat bawah surau tu ada satu dewan besar yang setiap hujung minggu dijadikan kelas untuk budak-budak belajar Fardu Ain.  Surau tu ada beduk, diketuk setiap kali sebelum azan dilaungkan.  Kami budak-budak ni kadang-kadang berebut-rebut nak ketuk beduk tu.  Di surau itulah Papa belajar Fardu Ain, mengaji, ikut ayah Papa pergi tarawih dan sebagainya.  Tapi biasanya bagi kami budak-budak ni, pergi sana belajar ke, sembahyang ke selalu jadi perkara kedua, perkara utama ialah jumpa kawan-kawan dan bermain.  Bising jadinya surau tu.  Teringat akan seorang pak cik yang selalu marah kami kalau kami buat bising.  Kami selalu kutuk pak cik tu sebab anak dia pun sama nakal macam kami.  Kenangan, kenangan dan kenangan.

Balik semula kepada cerita masjid tadi.  Papa masih ingat masjid itu dibina semasa Papa sudah berpindah ke tempat lain.  Masa tu Papa dalam form 3 kalau tak silap.  Masjid itu dibina pada dasarnya sebagai ganti surau lama (surau papan tadi).  Pada awalnya, statusnya ialah surau tapi telah dinaik taraf ke masjid mungkin sekitar 3-4 tahun yang lalu. 

Semasa Papa keluar dari masjid itu setelah selesai solat Asar, Papa terserempak dengan seorang yang boleh dikatakan tua.  Tapi masih sihat nampaknya.  Peramah juga, dok cerita pasal puasa sunat syawal, dsbnya.  Tetiba Papa teringat dan bertanya, “Ni Ustaz T**** ke?”.  Tak syak lagi, dialah Ustaz Papa masa kecil-kecil dulu.  Papa hampir tak kenal sebab fizikalnya yang sudah agak kurus berbanding dirinya yang agak gempal waktu muda-muda dulu.  Jadi saya yakinlah, Ustaz ni lah yang menjaga masjid ini sebab sepanjang yang Papa tahu, dialah yang rajin mengendalikan hal surau dan keagamaan di taman itu sejak dulu. 

Dia bagitau Papa yang surau ni dah naik taraf jadi masjid.  Dengan penuh bangga dia bercerita.  Yelah dia antara orang kuat semasa pembinaan surau baru yang kemudian dinaik taraf jadi masjid.  Mesti dia bangga dan seronok.  Macam yang Papa kata sebelum ni, sepanjang pengetahuan Papa dialah orang kuat surau.

Then dia sambung cerita, “Sayang ayah kau dah pindah masa surau ni tengah buat”, katanya.  Ayah saya ialah orang lama juga di taman itu, seorang cikgu.  So ramai juga la yang kenal.  Untuk pengetahuan kamu, ayah kamulah antara pengasas surau di taman ini.  Masa taman ni takde surau, ayah kamu yang bagi cadangan supaya kita sewa dulu mana-mana rumah untuk dijadikan surau sementara.  Masa kami dah berjaya dapat tapak surau, ayah kamu juga yang tolong dari segi tenaga masa pembinaan surau lama tu.  Tapak masjid ni pun ayah kamu salah seorang yang fight. 

Papa jadi terharu.  Papa tak pernah tahu.  Ayah Papa tak pernah cerita.  Mungkin dia ikhlas semasa melakukannya.  Apa-apa pun terbit rasa syukur di hati Papa.  Paling tidak Papa tahu ada sesuatu yang boleh dijadikan syafaat oleh ayah Papa semasa di akhirat kelak.  Itu saham akhirat dia.  Bagaimana pula dengan saham akhirat Papa?  Sudah cukup kah saham kita di akhirat? 

Ya Papa solat, tapi Papa tak tahu tahap solat Papa setakat mana.  Ye Papa puasa, tapi sebanyak mana pahala puasa Papa.  Dalam kita menjalani kehidupan seharian, berapa banyak dosa kita pungut dan berapa banyak pahala kita dapat?  Tahukah kita?  Tahukah kita timbangan kita kelak menyebelahi pahala atau dosa?  Kita perlu cari sebanyak mungkin saham akhirat.  Papa seru agar kita cari peluang untuk mendapat saham akhirat.  Sumbangan sikit atau banyak bukan ukuran.  Wang ringgit atau tenaga bukan penentu.  Tapi keikhlasan yang lebih penting.  Mari kita sama-sama intai peluang itu.


Mungkin inilah manfaat yang Papa dapat dalam program ziarah papa di bulan Syawal yang mulia ini.  Alhamdulillah Papa dikurniakan kesedaran ini.


Tuesday 6 August 2013

Cerita Seorang Apek

Kali ni Papa nak ceritakan sikit pengalaman Papa masa beli barang kat Nilai.  Papa ada la beberapa benda nak dibeli di Nilai tu.  Tengah dok cari barang tu tetiba Papa Nampak beg sekolah.  Teringat beg sekolah anak Papa dah agak buruk.  Jadi, Papa ingat nak belikan yang baru.  (Nota: Anak Papa tadika jer).

So faham-faham la bebudak ni, kalau dia nak yang tu, yang tu la.  Anak Papa ni berkenan pada satu beg yang tergantung “key-chain” Hello Kitty.  Tapi beg yang dia nak tu kotor sikit.  Mungkin dah lama kot kat kedai tu takde orang beli.  Cari punya cari jumpa la yang sebijik sama, tapi takde pulak la si Hello Kitty nyer.

Jadi Papa pun panggil la si Apek ni.  Mintak dia tolong pindahkan Hello Kitty dari beg yang kotor tu ke beg yang elok sikit ni.  Sambil-sambil dia menukar tu, mulut membebel gak la bercerita.  Dia kata sebenarnya key-chain tu bukannya datang sekali dengan beg ni.  Tapi dia beli asing.  Dia beli banyak-banyak.  Ada lebih dia letak la kat beg-beg tu.  Tu sebab ada yang ada ada yang takde.

Apek ni sambung lagi cerita.  Dia kata, dia beli banyak-banyak sebab ada orang buta datang kat dia mintak tolong.  Orang buta tu tanya kat apek ni apa yang dia boleh tolong jual.  Jadi Apek ni pun belikan key-chain tu banyak-banyak bagi kat orang buta tu untuk jual.  “Saya beli sajer bagi dia, saya takde ambik duit pun.  Saja mau tolong”,itulah kata apek tu. 

Masyaallah, baik rupanya apek ni.  Dia sanggup keluarkan duit dia sendiri (tak tahu lah berapa kan) untuk bantu orang buta tadi.  Tak kisahlah apa jua bangsa orang buta tu. 

Walaupun apek ini bukan muslim, tapi cerita dia memberi kesedaran dan pengajaran pada Papa.  Betapa ada orang-orang di luar sana yang baik hati suka membantu orang yang susah.  Tidak hanya terikat kepada sedekah seringgit dua ringgit dalam tabung atau beli tisu yang dijual.  Papa masih lagi belum di tahap macam tu.  Mungkin Papa kena usaha ke arah itu.  Pernah tak bila kita nak sedekah di masjid, kita tercari-cari duit kecik dalam poket.  Bila takde, tak jadi pulak kita nak sedekah.  Itulah Papa.  Papa nak cuba ubah.  Kena yakin apa yang kita sedekahkan dengan ikhlas akan dibalas oleh Allah.  Tidak di dunia, mungkin di akhirat.  Tapi bukan senang nak jadi ikhlas, insyaallah Papa akan cuba.  Doakan Papa.


Apa-apa pun, sebenarnya point Papa selain dari soal membantu/sedekah pada golongan kurang upaya, ialah betapa ilmu itu boleh kita dapati selain dari buku atau kuliah sahaja.  Dari apa yang berlaku di depan kita juga banyak ilmu dan pengajaran yang boleh kita “pick-up” asalkan kita membuka minda kita dan mencari ilmu itu.

"Carilah ilmu kerana dengan ilmu sahajalah dapat mengubah diri kita" - ni Papa quote kata-kata Prof Dr Muhaya.

Salam Syawal.


Friday 2 August 2013

Wasiat

Papa nak cerita sikit la pasal wasiat.  Cop, bukan Papa nak kata yang Papa dah nak “pergi”.  Kita tak tahu pun bila hari kematian kita kan?  Jadi kenalah kita bersedia.  Dari segi amalan dan sebagainya, termasuklah soal wasiat. 

Papa rasa wasiat ni memang penting bagi Papa.  Bukan semata-mata soal pengagihan harta semata-mata.  Bagi Papa kepentingan dia merangkum dari sudut untuk memastikan hutang Papa di dunia ini dijelaskan selepas Papa tiada.  Memastikan harta Papa diwakafkan mengikut kehendak Papa. Paling penting ialah ada orang/badan yang menguruskan pebahagian harta Papa nanti dengan segera dan tersusun.  Sebab tu Papa rasa elok Papa lantik je Wasi dari syarikat-syarikat yang buat wasiat ni.  Macam Al-Salihin ke, ARB ke, etc. 

Papa takde niat nak huraikan pasal wasiat penjang lebar di sini sebab boleh tanya Syeikh Al-Google.  Banyak dalam website.  Lagipun Papa takde la pandai sangat bab ni.  Kalau tanya dengan agent wasiat, mereka boleh bagi firman dan hadis-hadis akan kepentingan wasiat.  Kalau tak silap Papa berwasiat di anggap sebagai sunat muakkad. 

Papa dah cerita kenapa Papa nak buat wasiat.  Tapi macam mana nak buat wasiat kalau kita tak tahu apa yang nak kita wasiatkan?  Betul tak?  Atau kita tak tau siapa yang layak dan berapa bahagian dia layak dr harta kita?  Kita juga kena tahu sapa yang layak ke atas harta sepencarian kita.

Ini sekadar tips dari Papa.  Sebab Papa dah buat benda ni.  So bolehlah share-share serba sikit.  Kalau ada yang ada tips-tips lain, sila2 la share.  Supaya bermanfaat kepada kita semua. 

1.     Kenal pasti harta sepencarian.  Dah kenal pasti, then pastikan kita declare dlm wasiat yang ini merupakan harta sepencarian.  Ini supaya pasangan kita akan dpt 50% + bahagian faraid beliau utk setiap harta sepencarian tersebut (siapa tak sayang bini kan?).  Setahu Papa, di bawah ini dikategorikan sebagai harta sepencarian:
a.        Rumah
b.       Tanah
c.        Kereta
d.       Simpanan – termasuk simpanan Tabung Haji

2.     Papa buat dalam excel. Papa senaraikan semua harta-harta, simpanan, insuran dan maklumat hutang.  Papa buat in details termasuk butiran seperti no akaun simpanan, no akaun loan (rumah, kereta & peribadi).  No policy insuran, no KWSP, no ahli koperasi dan sebagainya. 
a.        Utk setiap jenis harta, Papa tulis siap2 hasrat Papa.  Apa nak buat dengan harta tersebut.  Nak wasiatkan pada sapa atau ikut faraid, etc.
b.       Bila Papa dah siap, Papa bagi kat kawan baik Papa satu salinan untuk dia simpan.  At least kalau Papa tak sempat nak lantik Wasi pun, Papa dah ada sort macam wasiat Papa.  Dan yang penting, at least ada seseorang yang tahu pasal maklumat harta Papa (walaupun takde la banyak sangat).  Tapi mesti cari orang yang amanah dan boleh kita percayai. 
c.        Bila Papa dah ada senarai, Papa bagi jer list ni kat ARB.  So dari situ dorang draftkan wasiat untuk Papa.  Nanti dah siap draft Papa baca and kalau tak betul, Papa mintak betulkan sebelum sign final Wasiat.  Selalunya dah tak banyak pembetulan sebab dah quite lengkap dan mudah orang nak paham.

3.      Sebelum buat 2(a) tu, kena juga tahu hak waris.  Siapa waris kita mengikut faraid.  Paling asas:
a.        Ibu dan bapa 1/6 bahagian
b.       Isteri 1/8 bahagia
c.        Bakinya di bahagi kepada anak2 dgn 2 bahagian anak lelaki dan 1 bahagian anak perempuan

4.     Yang Papa senarai dalam 3(a) tu asas jer tau.  Kalau takde anak lelaki lain pulak caranya.  Mungkin ada bahagian yang akan diwarisi oleh ayah kita.  Kalau ayah kita dah tiada, akan di warisi oleh adik beradik kita pulak. 

5.     Tak perlu pening sangat dengan item no (4) tu.  Yang penting kita faham asasnya dulu.  Yang lain2 tu pihak yang bantu kita buat wasiat boleh nasihatkan kita.  Tapi pada asasnya, kita hanya perlu beritahu mana harta sepencarian, berapa bahagian nak kita wakaf, dan selebihnya samaada 100% cara faraid atau ada niat kita nak wasiatkan pada orang-orang tertentu.

6.     Tapi kita perlu tahu, kalau ada satu waris yang tak setuju dengan wasiat kita dia layak untuk mendapat bahagian dia mengikut kiraan faraid

Btw, jangan kita takut untuk berwasiat awal sebab wasiat boleh diubah selagi kita hidup. Yang terakhir yang akan dijalankan. 

Macam Papa katakan awal2 tadi, Papa buat wasiat sebagai persediaan sebab kita tak tahu bila masa kita.  Harap2 dengan itu memudahkan waris Papa bila Papa tiada.  Takdelah harta atau simpanan yang dibekukan kerana masalah pembahagian harta yang tak selesai.  Dan yang paling penting ada orang tolong uruskan dan menjimatkan masa.

Papa bukan pakar wasiat atau agen wasiat.  Ini Papa tulis berdasarkan pengalaman Papa sendiri.  Mungkin ada yang silap tolong betulkan.  Utk nasihat pasal wasiat boleh consult dengan yang lebih pakar.

Papa buat wasiat sebab Papa sayang keluarga Papa.  Papa tak nak susahkan diorang bila Papa dah takde.  Ini yang terdaya Papa buat.  



Aidilfitri Kian Hampir

Alhamdulillah kita semakin hampir kepada 1 Syawal.  Kita akan sama-sama raikan kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan.  Bukankah jihad yang paling baik ialah melawan hawa nafsu.

Hari raya Papa kali ini lain sikit dari tahun-tahun sebelumnya.  Amat berbeza.  Banyak perkara baru akan Papa lalui pada Aidilfitri kali ini.  Insyaallah, Papa sentiasa positif dan menanti hikmah Syawal.

Insyaallah Hari Raya kali ini semua keluarga Papa (ibu-bapa dan adik beradik akan berkumpul).  Terubat sikit la hati Papa sebab kali ni Papa tak dapat nak beraya bersama keluarga Papa sendiri.  Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.  Insyaallah lepas beberapa Syawal Papa akan beraya bersama keluarga Papa sendiri.

Hari raya kali ni, Papa niat nak bersedekah sebanyak mungkin.  Kalau hari raya sebelum ni, kalau ada budak2 yg datang nak beraya (yang tak kenal dan tak ketahuan dari kampung mana datangnya), Papa tak suka layan.  Papa selalu kata dalam hati, "dorang ni nak duit ajer".  Tapi semalam Papa terpikir.  Entah-entah yang datang tu anak orang miskin.  Jadi bila hari raya, sanggup kayuh basikal jauh-jauh, pergi banyak tempat mengharapkan sedekah.  Insyallah kali ni Papa akan sambut mereka, jamu mereka dan berikan sedikit sedekah.  Papa harap diberikan kekuatan untuk melakukan perkara ini.  Insyaallah.

Ok lah cukuplah pasal Papa.  Papa nak tulis tadi pasal mungkin nak ingatkan diri Papa dan rakan-rakan yang membaca tentang amalan2 yang boleh kita lakukan di bulan Syawal ini dan seterusnya amalan2 yang boleh kita lakukan sehingga Ramadan datang lagi.

Actually, banyak blog-blog yang boleh kita baca yang siap dengan huraiannya sekali.  Papa pun ambil ni dari Blog lain juga, cuma Papa tolong ringkaskan sajer.  Kalau nak huraian lanjut, boleh tanya Syeikh Google.

SEBELUM 1 SYAWAL

  1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.(Papa - tolong lah ingat akan kewajipan kita ini)
  2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
  3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
  4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
  5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
  6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbihtaubat dan hajat di masjid.

PAGI 1 SYAWAL

  1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
  3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
  5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
  8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
  11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Dan selepas Hari Raya teruskanlah menjaga solat 5 waktu dan berusaha untuk rajin solat berjemaah.  Rajin2kan lah diri berpuasa sunat di bulan2 yang lain termasuk lah puasa 6 di bulan Syawal.

Insyaallah, Papa juga akan usahakan.  Kalau tak dapat jemaah di masjid/surau, Papa akan solat jemaah bersama isteri dan anak-anak Papa.  

Papa juga nak cuba banyakkan puasa sunat.  Semoga Allah beri kekuatan kepada Papa.


Thursday 1 August 2013

Kenapa Tiba-tiba?

Kenapa tiba-tiba muncul idea nak buat blog "Dilema Papa"?

Okey, insyaallah kalau di izinkan saya akan memasuki fasa baru di dalam kehidupan saya.  Ada pelbagai peristiwa telah saya tempuh sepanjang kehidupan saya, ada yang memberi banyak pengajaran, pengalaman dan peringatan.

Saya mula berfikir apa yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat.  Sumbangan yang mungkin tidak seberapa dan yang mudah, tetapi mendatangkan faedah kepada kita.  Jadi saya terpikir utk mewujudkan satu ruang utk berkongsi pandangan, pengalaman, nasihat, atau sedikit sebanyak ilmu yg dibaca/didengar.

Di luar sana, saya tengok banyak blog-blog soal parenting, yang kebanyakannya mungkin menjurus kepada penjagaan anak, tips utk wanita, berkaitan keagamaan (berkaitan dgn pendidikan anak) dan sebagainya.  Tapi saya rasa kurang kot yang mengfokuskan kepada isu orang lelaki atau lebih specific suami atau ayah.

To be honest, saya pun masih belum punya idea apa yang bakal dimuatkan. Insyaallah sedikit-sedikit akan saya muatkan tulisan-tulisan saya.

Saya bukan penulis pro, jadi ayat lintang-pukang memang mainan saya.  Janji orang paham sudah.  Saya harap ada yang sudi membaca dan kalau bagi komen, bagilah komen-komen yang membina dan bernas.  Tidak mengutuk atau menghina pihak-pihak lain.  Menjaga sensitivity sesama kita dan sebagainya yang berkaitan.

Memandangkan utk kali pertama saya menulis ini dah dekat nak raya, saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca muslim.  Ramadan bakal berakhir, harap kita dapat sampai ke Ramadan seterusnya.  Bulan penuh rahmat, bulan bonus utk kita memperbanyakan amal.  Mengumpul pahala utk membantu timbangan kita di akhirat kelak.

Insyaallah saya akan menulis lagi...