Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Tuesday 24 December 2013

MENTAL BLOCK

Pernah tak kita nak buat sesuatu tetapi kita tak jadi, sebab kita rasa kita tak mampu nak lakukannya.  Inilah mental block.  Papa kira mental block ni berlaku pada semua peringkat sama ada kanak-kanak, dewasa atau pun yang dah tua.  Adakah mental block ini tak dapat di atasi?  Atau hanya dapat di atasi ketika muda sahaja? 

Dari pengalaman, Papa rasa tidak.  Tetapi Papa rasa ianya perlu dilatih ketika anak-anak kecil lagi (masih budak-budak).

Keluarga Papa bukan dari kalangan orang yang berniaga.  Boleh dikatakan rata-rata kerja dengan orang.  Jadi dari zaman pelajar Papa tak cenderung untuk berniaga sehingga lah pada umur Papa hujung 30an, seorang kawan Papa ajak Papa tolong dia berniaga di tapak konvo. 

Papa setuju, setakat tolong2 jer apa salahnya kan.  Tolong2 angkat barang, susun, jual sikit2 kan?  Tapi dia syaratkan share 50-50.  Hu hu.. Risiko tu.  Takpelah, dia ka nada pengalaman, tumpang tui je la. 

Apa yang terjadi, semasa konvo tu berjalan, Papa terpaksa “pikat” student2 untuk beli.  Tak boleh duduk diam jer.  Kalau tak barang tak laku sebab ada pesaing.  Papa tak pernah buat semua ni.  Tapi kawan Papa paksa.  Dan lama kelamaan hilang rasa malu.  Papa boleh pull crowd ke booth kami, boleh buat sales dan boleh buat macam2 yang Papa tak pernah buat.  Mental block Papa bahawa “Papa tak reti nak meniaga” telah berjaya di atasi pada waktu itu.  Dan sekarang Papa dah tak malu nak berniaga.  Dah boleh meniaga.  Alhamdulillah business part time Papa berjalan lancar.  Sekali sekala buat jualan tapak dengan kawan.  Dah tak malu tapi suka.

Apa yang membuatkan Papa menulis berkaitan perkara ini adalah kerana baru-baru ini, Big Boss Papa ada buat briefing.  Rata-rata yang datang semua duduk belakang.  Jadi beliau telah berkata; “u all ni ada yang mengharap satu hari nanti nak jadi bos, tapi kalau takde confident nak dtg depan macam mana nak jadi bos”.  Hmm.. betul jugak.  Selama ni Papa suka duduk belakang.  Malas nak duduk depan sbb sentiasa rasa kalau duduk depan macam nak bodek.  Ini satu lagi MENTAL BLOCK.

Walaupun Papa dah berjaya atasi mental block untuk meniaga tetapi tidak untuk bab-bab macam di atas.  Yeke kalau duduk depan membodek?  Tak semestinya kan?  So ini adalah mental block yang perlu kita Papa kikis.  Dan terdetik di kepala Papa bahawa kita boleh menghapuskan mental block ni dengan benda2 yang simple, contohnya, start duduk depan time briefing.  Tak pernah tolong bini sidai kain, kita tolong sidai.  Pendek kata buat jer la benda2 yang tak pernah kita buat (benda baik je ye...plz..)

So balik kepada anak-anak kita, mungkin kita boleh train dia supaya tegur kanak-kanak yang sebaya.  Suruh dia tanya nama kawan2.  Suruh dia tolong mintakkan sudu ke tissue ke di kedai makan.  Suruh dia mohon maaf sekiranya buat salah.  Dan banyak lagi.  Benda-benda simple ni boleh membuatkan anak-anak kita yakin pada diri sendiri.  Dan kalau keyakinan diri telah diterap sedari kecil nescaya, apa2 jua keadaa, mereka boleh membendung diri mereka dari “Mental Block”. 


Wallahualam, sekadar pandangan Papa.


Wednesday 18 December 2013

HARI PELEPASAN AM MALAYSIA 2014



1. JANUARI

🔜 1 Jan: Tahun Baru 2014 - kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu.
🔜 14 Jan: Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) - semua negeri.
🔜 17 Jan: Hari Thaipusam – Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor sahaja.
🔜 19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah sahaja.
🔜 31 Jan: Tahun Baru Cina – semua negeri.

2. FEBRUARI

🔜 1 Feb: Tahun Baru Cina (Hari Kedua) - kecuali Kelantan, Terengganu.
🔜 1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan sahaja.

3. MAC

🔜 4 Mac: Hari Pertabalan Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.

4. APRIL

🔜 15 Apr: Hari Pengishtiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – Melaka sahaja.
🔜 18 Apr: Good Friday – Sabah, Sarawak sahaja.
🔜 19 Apr: Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak sahaja.
🔜 26 Apr: Hari Keputeraan Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.

5. MEI

🔜 1 Mei: Hari Pekerja – semua negeri.
🔜 13 Mei: Hari Wesak – semua negeri.
🔜 17 Mei: Hari Keputeraan Raja Perlis – Perlis sahaja.
🔜 27 Mei: Israk Mikraj – Kedah, Negeri Sembila, Perlis sahaja.
🔜 30-31 Mei: Pesta Keamatan – Sabah dan Labuan sahaja.

6. JUN

🔜 1-2 Jun: Hari Gawai – Sarawak sahaja.
🔜 7 Jun: Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – semua negeri.
🔜 29 Jun: Awal Ramadan – Johor, Kedah, Melaka sahaja.

7. JULAI

🔜 7 Jul Hari: Ulang tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang sahaja.
🔜 12 Jul: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang sahaja.
🔜 15 Jul: Nuzul Al-Quran – Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu sahaja.
🔜 28-29 Jul: Hari Raya Aidilfitri – semua negeri.

8. OGOS

🔜 31 Ogo: Hari Kebangsaan – semua negeri.

9. SEPTEMBER

🔜 13 Sep: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak sahaja.
🔜 16 Sep: Hari Malaysia – semua negeri.

10. OKTOBER

🔜 4 Okt: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah – Sabah sahaja.
🔜 5 Okt: Hari Raya Qurban – semua negeri.
🔜 6 Okt: Hari Raya Qurban (hari kedua) – Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis sahaja.
🔜 23 Okt: Hari Deepavali - semua negeri.
🔜 24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang sahaja.
🔜 25 Okt: Awal Muharam (Maal Hijrah) – semua negeri.

11. NOVEMBER

🔜 11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan sahaja.
🔜 22 Nov: Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor sahaja.
🔜 29 Nov: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor sahaja.

12. DISEMBER

🔜 11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor sahaja.
🔜 25 Dis: Hari Krismas – semua negeri.

CUTI PERTENGAHAN SEKOLAH PENGGAL 1:

🔜 21 Mac hingga 29 Mac 2014 – 9 hari.

CUTI PERTENGAHAN TAHUN:

🔜 27 Mei hingga 14 Jun 2014 – 19 hari.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2:

🔜 12 Sept hingga 20 Sept 2014 – 9 hari.

CUTI AKHIR TAHUN:

🔜 21 Nov 2014 hingga 3 Jan 2015 – 44 hari.


Wednesday 4 December 2013

Ujian Allah

Tertarik mendengar kata-kata Ustaz Kazim dalam Kalau Dah Jodoh pasal ujian Allah.  Lebih kurang bergini intipatinya:

"4 orang tengah makan roti canai dan minum kopi, lalu janda yang baru kematian suami dengan 4 orang anaknya.  Jadi orang-orang yang tengah makan/minum tu dok berbincang mengenai ujian Allah ke atas janda tu.  Ye, janda tu sedang diuji, tetapi 4 orang tu juga sedang diuji.  Adakah mereka tergerak utk hulurkan bantuan kepada janda tu?  Itulah bentuk ujian Allah terhadap mereka"

Dalam erti kata lain, Allah senantiasa menguji kita.  Baik atau buruk, kaya atau miskin, sihat atau sakit, semua itu merupakan bentuk ujian Allah terhadap umatnya.  Adakah kita sabar dengan musibah yang menimpa kita atau adakah kita bersyukur bila dikurniakan kebaikan/kesenangan?  Kita diuji setiap masa.  Oleh itu senantiasa peka, redha dan mensyukuri nikmat Allah.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

Wallahualam

Thursday 28 November 2013

Bukti Kebesaran Allah

Paparan ini dipetik dari sebaran melalui Whatsapp..


Video ini membuktikan kebenaran Surat Ar-Rahman ayat 19 dan 20 yang bermaksud:

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (QS. Ar-Rahman: 19-20)
...
Inilah video tersebut, yang memperlihatkan aliran dua lautan yang tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekat atau dinding yang memisahkannya.

Subhanallah, Maha Besar Allah Yang Maha Agung. Ternyata air laut yang tidak bercampur itu benar-benar ada. Saya sudah sering membaca ayat tersebut, tapi masih belum tahu di mana gerangan air laut yang tidak pernah bercampur itu.

Ayat lain yang menceritakan fenomena yang sama terdapat pada Surat Al-Furqan ayat 53 yang berbunyi:

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (QS. Al-Furqaan: 53)

Dua lautan yang tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar, selat yang memisahkan benua Afrika dan Eropa, tepatnya antara negera Moroko dan Spanyol.



Thursday 21 November 2013


Beli Al-Quran Secara Online

"Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."

PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini

Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur�an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu�tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.

- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Untuk membeli.. klik Sini

http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=papakv


Merokok Itu Haram


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan." di petik dari website e-fatwa

Di bawah beberapa pandangan dari personaliti terkenal (dpt melalui whatsapp)


Namun kita tengok rata-rata rakan-rakan kita masih lagi merokok walaupun Papa yakin meraka tahu tentang fatwa yang dikeluarkan ini.  Persoalannya kenapa?  Adakah kerana mereka rasa ianya setakat dosa kecil?  Tidakkan dosa kecil itu kalau dilakukan berulang kali akan menjadi dosa besar?  Wallahualam.

Papa teringat kisah yang pernah Papa baca.  Iaitu ketika arak diharamkan secara mutlak, dikhabarkan orang Islam membuang semua arak sehingga menjadi seumpama sungai yang mengalir.  Itulah bukti iman mereka dan takutnya mereka kepada hukum Allah.  Tetapi ianya tidak terjadi pada zaman ini malah ada yang mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan ulama.

Papa sarankan sesiapa yang masih merokok agar segeralah mencari jalan untuk berhenti secara mutlak.  Insyaallah kalau niat kita kerana agama (fatwa rokok itu haram), akan dipermudahkan oleh Allah.

Marilah kita cuba.  Papa pun alhamdulillah dah berjaya berhenti secara mutlak beberapa tahun yang lalu.  Badan pun rasa makin "sihat".




Tuesday 19 November 2013

Nak Nasihat Kena Berhemah

Lately ni Papa minat pulak baca pasal hiburan.  Selalu baca beautifulnara le.. Papa baca jer tak comment pun.  Ada la jugak terbaca pasal artis-artis kena block certain follower sebab bagi diorang follower-follower  ni bagi komen yang mengaibkan, menjatuhkan maruah lah, dan sebagainya.  Tapi ada yang berpendapat yang follower-follower ni sebenarnya bagi nasihat sebenarnya.  

Apa-apa pun bagi Papa semuanya bergantung pada niat.  Kalau niat baik nak bagi nasihat, Alhamdulillah dan perlulah di ambik dengan positif.  Tapi kalau bunyi macam nasihat tapi sebenarnya niat nak sengaja buat provokasi, itu tak baiklah.

Oklah, berbalik pada topik lah.  Bagi Papa, nak nasihat orang pun kenalah ada hemahnya.  Papa ada dengar ceramah baru-baru ini, ustaz tu kata sebelum kita tegur orang lain, pastikan kita pun melakukan perkara yang baik.  Yelah kalau nak tegur orang suruh tutup aurat, kita pun kenalah tutup aurat juga.  Bak kata orang melayu, cakap kena serupa bikin.

Macam Papa kata tadi, kita kena ikhlas dalam member nasihat.  Kalau niat kita ikhlas, apa kata kita tegur atau nasihat secara private. Tak payah lah kita nasihat secara terbuka yang boleh disalah-tafsirkan oleh orang lain.  Yelah bahasa tulisan ni kalau salah intonasi masa baca boleh mengundang maksud yang lain.  Paling tidak, nasihat yang disampaikan terus secara private akan tidak mengaibkan kepada orang yang dinasihati dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang yang dinasihat untuk response pada nasihat kita dalam keadaan yang lebih selesa.  Takdelah berbalas-balas kenyataan di ruang cyber yang selalunya mengundang lebih banyak provokasi dan mengungkit lebih banya cerita.

Apa yang Papa katakan di atas bukan untuk scope tegur artis sahaja tapi merangkumi semua keadaan.  Nasihat anak pun kena berhemah.  Jangan sampai aibkan dia di depan khalayak ataupun kawan-kawan dia.  Takut anak kita kecil hati, malu pada kawan-kawan dia.  Nanti lagi dia tak hormat kita dan mungkin juga akan mewujudkan rasa rendah diri terhadap kawan-kawan lain. 

Papa rasa kalau kita nasihat anak-anak dengan cara baik, lembut dan dengan alas an yang baik, insyaallah anak kita akan senang terima teguran kita.  Dan banyak-banyaklah berdoa semoga dapat anak yang mendengar kata.  Tiada apa yg dapat mengubah sesuatu kecuali Allah.





Monday 18 November 2013

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab :
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)

Ketika kita mengeluh :
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatKu hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)

Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)

Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)


Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita " (9 : 40)

Wednesday 13 November 2013

Hidup Makin Mencabar - Cabaran Generasi Anak Kita

Ibu Papa adalah seorang suri rumah sepenuh masa.  Hanya belajar setakat tingkatan 5.  Tidak pernah bekerja sepanjang hidup beliau.  Tetapi beliau berjaya mendidik anak-anak beliau.  Rata2 kami adik-beradik dapat membaca dengan baik dibawah bimbingan beliau sebelum umur kami menjangkau 6 tahun.  Papa sendiri boleh membaca dengan lancar ketika berumur 4 tahun.  Rata-rata kami adik beradik dah boleh membuat kira-kira (campur, tolak, kali dan bahagi) sebelum masuk darjah satu.  Rata-rata kami adik beradik akan dapat 100% setiap subject semasa darjah satu kerana ibu telah ajar semuanya.  Dan syukur, semua adik beradik kami belajar sehingga peringkat Ijazah dan telah punya kehidupan sendiri.

Tidak adil rasanya hanya bercerita tentant ibu Papa sahaja. Kami adik-beradik diterapkan disiplin oleh Ayah kami.  Ayah yang menetapkan jadual harian, jadual belajar, tegas dan garang.  Papa rasa disiplin kerja yang Papa miliki sekarang hasil latihan oleh Ayah sejak kecil.

Tapi malangnya, sebagai Ayah; Papa rasa gagal mengulangi cara didikan Ibu dan Ayah Papa.  Walaupun kami suami isteri miliki ijazah tapi kami tidak dapat mengulangi kegemilangan cara Ibu dan Ayah.  Bukan bermaksud anak Papa gagal, masih terlalu awal untuk “judge” kerana mereka masih kecil.  Yang paling besar pun masih di sekolah rendah.

Maksud Papa ialah, anak Papa hanya boleh membaca ketika hampir2 nak masuk sekolah.  Itu pun berkat hantar nursery (hu hu).  Bila dah masuk sekolah, hantar tuition sebab Papa rasa tak mampu (tak komited) utk mengajar tiap-tiap hari.  Yelah ibu bapa sekarang banyak komitmen.  Tambah-tambah duduk kat KL ni.  Keluar kerja kena awal, balik harus lambat.  Bila dah sampai rumah, penat.  Dah tak larat nak tengok hal sekolah budak-budak dan mengajar budak-budak.  Stress lagi.  Karang kalau mengajar rasa macam nak marah jer.


Itulah lumrah kehidupan sekarang, tak macam dulu-dulu.  Papa harap (dan nak usahakan) semoga suatu hari nanti isteri Papa boleh duduk rumah jer jadi full-time house wife.  Sekarang nak kena plan betul-betul untuk mantapkan income untuk tujuan itu.  Harap dipermudahkan.


Tuesday 22 October 2013

Kisah Wang

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank terus ke tangan orang bawah daripada buruh penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru rapi dan masih bersih?" 

RM100 menjawab "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi: "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi: "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah dan di tangan anak anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua

Nasihat Kubur


1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"


Thursday 10 October 2013

MANA MAK?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.  Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian.Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..


Friday 4 October 2013

Prihatin Solat

Frankly speaking, Papa mengelak pergi ke Alamanda atau Mydin Subang Jaya time magrib di hujung minggu.  Kenapa?  Sebab malas nak bersesak-sesak solat Magrib.  Solat Magrib waktunya pendek.  Cuma dalam sekitar satu jam sahaja. 

Masalah di Alamanda ialah suraunya hanya satu dan agak kecil.  Dengan orang yang ramai tertumpu di hujung minggu dan masing-masing nak “utilize” satu jam yang ada untuk solat magrib memang merimaskan. 

Di Mydin Subang Jaya pula, walaupun suraunya besar, tapi orangnya ramai.  Papa memang suka membeli di Mydin kerana harganya yang murah.  Usaha Mydin wajar dipuji kerana Mydin memang sasarkan golongan  berpendapatan rendah.  Dan setiap kali waktu solat, Mydin akan buat pengumuman.  Jadi tengah shopping tu, boleh segerakan dan tunaikan solat. 

Berbalik kepada soal solat di tempat yang sesak ni, Papa perhatikan ketidak-perihatian sesetengah kita ketika solat di saat-saat sesak begini.  Ini sekadar pandangan Papa dan kalau ada yang ada pandangan lain Papa open:

1.      Ketika ambik wuduk jimatkan penggunaan air, takut habis pulak air tu (x sempat orang lain nak berwuduk).  – perkara ini pernah berlaku kepada Papa di R&R Plus.  Ramai yang tak dpt berwuduk dan kena tunggu seketika sementara air ada balik.  Tapi di R&R mungkin ada yang boleh jamak, etc.  Tapi kalau di shopping complex waktu magrib, mcm mana?  Jadi kita berpada-padalah supaya semua orang dapat menunaikan perkara yang Wajib

2.       Bersangkut dengan perkara (1) juga, kalau boleh tak payahlah ambik wuduk tu lama-lama sangat.  Kesian orang yang menunggu, tambah-tambah pulak waktu dah nak habis.  Jangan disebabkan kita nak dapatkan yang sunat, orang lain tak dapat yang wajib.

3.       Kalau solat, segerakanlah.  Baca ayat-ayat pendek sahaja.  Dan doa pendek sahaja.  Ini termasuklah yang meng”imam” kan solat. 

4.       Dan kepada diri kita dan diri Papa sendiri, kalau boleh tu jangan ditangguhkan solat magrib.  Dah la pendek, kalau kena pulak sesak macam tu, kalau tak sempat, salah kita sendiri jugak.  (Hampir-hampir terjadi pada Papa, so kena ambk iktibar)

Tambahan daripada yang di atas, sebagai orang Islam, kita kena utamakan solat.  Kalau kita nak pergi ke mana-mana, rancang supaya kita tak tertinggal solat.  Rancang bukan dari segi masa jer, dari segi pakaian dan persediaan lain untuk solat. 

Contoh (Papa selalu bagi contoh perkara yang memang berlaku pun pada Papa, orang yang Papa kenal, atau Papa tengok sendiri);

Keluar shopping pakai seluar pendek.  Satu memang tak tutup aurat la.  Tapi satu lagi masalah, bila nak solat kan kena cari kain sarung.  Katakanlah kat surau yang kita singgah takde pulak kain sarung.  Macam mana?

Kalau pergi melancong, hakta keluar Negara sekalipun, ricky-ricky time solat, bawak kelengkapan yang mencukupi (kompas kiblat, dll).  Sebelum keluar lawatan, rancang waktu supaya kewajipan masih dapat kita tunaikan.
 

Semoga Allah memberkati kita.  Kalau ada salah dimana-mana pandangan Papa, harap bagi teguran.


Thursday 26 September 2013

Takdir

Takdir bukan untuk dipersalahkan baik dikesali.  Takdir untuk kita syukuri dan diambil iktibar darinya


Monday 23 September 2013

Redha Pada Takdir Dan Ketentuan

Setiap apa yang berlaku kepada kita, kalau kita yakin ianya takdir yang ditentukan Ilahi insyaallah kita akan rasa tenang.  Kalau ianya bukan sesuatu yang baik untuk kita yakinlah yang ianya akan diganti dengan sesuatu yang lain atau lebih baik.  Kalau ianya sesuatu yang baik untuk kita, syukuri dan hargailah apa yang kita ada.  Anggaplah ianya pinjaman dari Allah yang boleh ditarik balik sekiranya Dia kehendaki.  Kalau ianya ditarik balik, jangan mengeluh kerana Dia lebih mengetahui.

Sentiasa doakan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain.  Insyaallah kita akan rasa tenang dan bersyukur.

Berikut Papa petik dari whatsapp yang Papa terima:

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


Friday 13 September 2013

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...

30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...

Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...

Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...

Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata
3. Kesempatan

 Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

 Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan  ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. ?.

Ya اللّÙ‡ , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan &  lancarkan segala pekerjaannya..


Tuesday 10 September 2013

Penunggang Motorsikal - Bertanggungjawablah

Sering-kali Papa lihat (selain dari memang sah kategori Mat Rempit) penunggang motosikal tidak memandu dengan hati-hati, terutama yang bawa sekali dengan family (isteri atau anak-anak).  Ada yang tidak memakai topi keledar (ada yang pakai untuk diri sendiri dan membiarkan anak tidak memakainya).  Membawa dengan laju, mencelah tanpa menghiraukan kemungkinan dilanggar. 

Kenapa yer terjadi macam tu?  Nak cepat? Stress?

Ada kenalan Papa yang kata, “Dah tau bawak anak sederet, bawak la kereta.  Ni bahayakan nyawa anak-bini”.  Papa tak suka sangat kenyataan ini.  Kita kena berpijak di bumi yang nyata.  Tak semua orang mampu pakai kereta macam kita.  Yang bawa motor tu bukan kita kenal.  Bukan kita tahu pun latar belakang mereka.  Entah-entah orang susah.  Motor pun pinjam.  Kita terlampau meng”assume”. 

Pesanan Papa cuma satu.  Ingat-ingatlah orang tersayang.  Bawalah dengan hati-hati.  Ingat tanggungjawab yang kita pegang.  Bila kita menyambut akad, kita ambil tanggungjwab untuk menjaga isteri kita seterusnya anak-anak kita.  Di mana kita letakkan tanggungjawab itu ketika kita membawa dengan laju?  Ketika kita membiarkan mereka tidak bertopi keledar?  Keselamatan mereka tanggungjawab kita juga kan? 


Jadilah orang yang bertanggungjawab.  Ikut undang-undang (walaupun ada yang kata undang-undang dunia sahaja).  Undang-undang dunia di buat untuk keselamatan dan kemudahan.  Kalau kita langgar akan ada orang yang susah.  Menyusahkan orang pun berdosa juga.  Apa-apa pun tepuk dada tanya selera.  Papa hanya pesan sahaja.


Monday 9 September 2013

Taraf Hidup Sentiasa Meningkat - Bersederhanalah

Baru-baru ini kerajaan announce kenaikan minyak petrol sebanyak 20 sen.  Sebenarnya kenaikan harga (tidak tertakluk pada minyak sahaja, tapi semua harga barangan) adalah normal.  Tetapi ianya menjadi tidak normal kerana kenaikan mungkin terlampau mendadak jadi kita tak bersedia.

Dan menjadi lumrah di Malaysia, kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barangan lain akan meningkat.  Papa berpendapat dan memang menjadi “amalan” & “permikiran” peniaga untuk mengambil kesempatan.  Kenapa Papa kata mengambil kesempatan, mari sama-sama dengan Papa buat kira-kira.  Ambil contoh makanan yang kos RM 1 (harga jualan katakan RM 1.50). 
Memandangkan makanan ni tak guna minyak petrol, tapi untuk beli bahan mentah, kena jugak isi minyak petrol (antara alas an perniaga untuk naikkan harga).  Tapi perniaga mestilah sekali pergi beli barang banyak-banyak sebab nak jimatkan kos.  Jadi katakanlah 20% (ni pun dah kira tinggi ni) kos makanan tersebut adalah kos petrol.  Maknyanya 20 sen setiap satu.  Harga minyak naik 10%, jadi kos buat makanan tadi dah naik jadi 22 sen.  Jadi total kos jadi RM 1.02, kalau ikut Bank Negara, dibundarkan jadi RM 1 jugak.  So mana logiknya harga makanan naik lebih dr 20 sen?  Naik 10 sen pun x patut. 

Tapi itulah lumrahnya.  Harga akan naik sama ada sebab minyak atau sebab-sebab lain.  Perniaga akan ambik kesempatan untuk naikkan harga.  Kalau demand tinggi pun harga akan naik jugak.  So kita sebagai the last of the chain (pengguna) kena get ready la dgn kenaikan harga.

Apa-apa pun Papa rasa jawapan yang sesuai untuk berhadapan dengan krisis kenaikan harga atau lebih sesuai Papa sebut sebagai rising cost of living, kita kena bersederhana, berjimat-cermat dan berbelanja mengikut keperluan.  Apa yang Papa start amalkan (actually quite few months back) ialah menghargai voucher, menghargai discount offer (termasuk la groupon dan seantero dengannya) dan start bawak bekal.  Dalam erti kata lain sejak beberapa bulan yang lalu Papa start jimat berbelanja.  Dah tak mo dah berlanja terlalu mewah sehingga berbelanja mengikut kemampuan bukan keperluan. 

Mungkin ada yang mampu, tapi kalau kita berbelanja mengikut keperluan, bukankah akan ada lebihan yang boleh kita simpan.  Atau lebihan itu boleh kita sedekahkan dan salurkan kepada yang lebih mampu. 

Ambik contoh begini.  Pergi bercuti kita mampu untuk bayar hotel 4 atau 5 bintang.  Mampu berbelanja sampai RM 300 semalam.  Itu hak kita.  Tapi Papa rasa, kalau kita ikut keperluan iatu untuk bermalam, kita bayar RM 150 sebulan pun dah cukup selesa untuk hotel 2/3 bintang.  RM 15o tu boleh kita simpan untuk keperluan mendesak kita di masa hadapan ataupun RM 150 kalau betul kita mampu dan tak perlukannya, rasanya kita boleh jami at least 15-20 orang anak yatim.  Pilihan di tangan kita.  Tapi fikirkan soal ganjaran kita di SANA bila kita buat keputusan. 


Monday 2 September 2013

Nikmat Berumah Tangga

Bila tengok tajuk di atas mungkin ramai yang suka nak baca.  Nak tahu apa yang Papa nak tulis.  Papa paham, ramai yang suka baca topic-topik macam ni. 

Papa Cuma nak share nikmat selepas rumah tangga dari segi “kemeriahan” pahala.  Bermesra-mesra pahala, bergurau senda pahala, tolong menolong pahala, tegur-menegur pahala, sembahyang jemaah pahala.  Bak kata, melimpah ruah pahala yang boleh kita pulun.  Bukan tu sahaja orang yang berkahwin dikurniakan kelebihan pahala tapi juga dapat mengelakkan diri dari dosa.


Jadi kepada yang dah berkahwin, ambil kesempatan atas Rahmat-nya dan pulun kumpul pahala banyak-banyak sebagai bekalan di akhirat.  Dan kepada sesiapa yang belum bertemu jodoh, doalah banyak-banyak supaya dipertemukan jodoh yang baik.  Betulkan niat kenapa kita nak berkahwin.  Insyaallah sama-sama kita doa supaya kita sama-sama mendapat keberkatan berumah tangga.


Tuesday 13 August 2013

Ziarah di Bulan Syawal - Manfaat

Hari raya kali ni Papa berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama dan juga bekas-bekas guru.  Rasa sungguh bermakna raya kali ni.  Setelah sekian lama Papa asyik tangguh-tangguh nak pergi menjejak kembali ke tempat Papa dibesarkan, akhirnya Papa kembali juga ke sana.  Rasanya lebih 10 tahun jugak tak jejak tempat tu.  Banyak perubahan yang Papa tengok.  Sekolah rendah Papa pun dah bukan papan lagi, dah ada macam-macam tempat nak pergi shopping.  Tesco, Econ Save, AEON dan macam-macam lagi dah naik.  Jalan pun dah besar.  Kalau dulu taman Papa tu rasa besar sangat, sekarang rasa kecik sangat-sangat.  Mungkin sebab dah banyak rumah kedai dan rumah-rumah baru dah naik.  Kalau dulu lalang dan semak jer.  Faktor-faktor pembangunan yang membuatkan jarak terasa dekat walaupun pada hakikatnya sama jer kan?

Papa berkesempatan singgah di sebuah masjid di dalam kawasan taman tempat Papa dibesarkan.  Nostalgia memghambat Papa.  Dulu-dulu, di taman ini tiada masjid, yang ada hanyalah surau kayu.  Papa masih ingat lagi, tempat wuduk di bawah, lepas tu kena naik tangga untuk solat di atas.  Kat bawah surau tu ada satu dewan besar yang setiap hujung minggu dijadikan kelas untuk budak-budak belajar Fardu Ain.  Surau tu ada beduk, diketuk setiap kali sebelum azan dilaungkan.  Kami budak-budak ni kadang-kadang berebut-rebut nak ketuk beduk tu.  Di surau itulah Papa belajar Fardu Ain, mengaji, ikut ayah Papa pergi tarawih dan sebagainya.  Tapi biasanya bagi kami budak-budak ni, pergi sana belajar ke, sembahyang ke selalu jadi perkara kedua, perkara utama ialah jumpa kawan-kawan dan bermain.  Bising jadinya surau tu.  Teringat akan seorang pak cik yang selalu marah kami kalau kami buat bising.  Kami selalu kutuk pak cik tu sebab anak dia pun sama nakal macam kami.  Kenangan, kenangan dan kenangan.

Balik semula kepada cerita masjid tadi.  Papa masih ingat masjid itu dibina semasa Papa sudah berpindah ke tempat lain.  Masa tu Papa dalam form 3 kalau tak silap.  Masjid itu dibina pada dasarnya sebagai ganti surau lama (surau papan tadi).  Pada awalnya, statusnya ialah surau tapi telah dinaik taraf ke masjid mungkin sekitar 3-4 tahun yang lalu. 

Semasa Papa keluar dari masjid itu setelah selesai solat Asar, Papa terserempak dengan seorang yang boleh dikatakan tua.  Tapi masih sihat nampaknya.  Peramah juga, dok cerita pasal puasa sunat syawal, dsbnya.  Tetiba Papa teringat dan bertanya, “Ni Ustaz T**** ke?”.  Tak syak lagi, dialah Ustaz Papa masa kecil-kecil dulu.  Papa hampir tak kenal sebab fizikalnya yang sudah agak kurus berbanding dirinya yang agak gempal waktu muda-muda dulu.  Jadi saya yakinlah, Ustaz ni lah yang menjaga masjid ini sebab sepanjang yang Papa tahu, dialah yang rajin mengendalikan hal surau dan keagamaan di taman itu sejak dulu. 

Dia bagitau Papa yang surau ni dah naik taraf jadi masjid.  Dengan penuh bangga dia bercerita.  Yelah dia antara orang kuat semasa pembinaan surau baru yang kemudian dinaik taraf jadi masjid.  Mesti dia bangga dan seronok.  Macam yang Papa kata sebelum ni, sepanjang pengetahuan Papa dialah orang kuat surau.

Then dia sambung cerita, “Sayang ayah kau dah pindah masa surau ni tengah buat”, katanya.  Ayah saya ialah orang lama juga di taman itu, seorang cikgu.  So ramai juga la yang kenal.  Untuk pengetahuan kamu, ayah kamulah antara pengasas surau di taman ini.  Masa taman ni takde surau, ayah kamu yang bagi cadangan supaya kita sewa dulu mana-mana rumah untuk dijadikan surau sementara.  Masa kami dah berjaya dapat tapak surau, ayah kamu juga yang tolong dari segi tenaga masa pembinaan surau lama tu.  Tapak masjid ni pun ayah kamu salah seorang yang fight. 

Papa jadi terharu.  Papa tak pernah tahu.  Ayah Papa tak pernah cerita.  Mungkin dia ikhlas semasa melakukannya.  Apa-apa pun terbit rasa syukur di hati Papa.  Paling tidak Papa tahu ada sesuatu yang boleh dijadikan syafaat oleh ayah Papa semasa di akhirat kelak.  Itu saham akhirat dia.  Bagaimana pula dengan saham akhirat Papa?  Sudah cukup kah saham kita di akhirat? 

Ya Papa solat, tapi Papa tak tahu tahap solat Papa setakat mana.  Ye Papa puasa, tapi sebanyak mana pahala puasa Papa.  Dalam kita menjalani kehidupan seharian, berapa banyak dosa kita pungut dan berapa banyak pahala kita dapat?  Tahukah kita?  Tahukah kita timbangan kita kelak menyebelahi pahala atau dosa?  Kita perlu cari sebanyak mungkin saham akhirat.  Papa seru agar kita cari peluang untuk mendapat saham akhirat.  Sumbangan sikit atau banyak bukan ukuran.  Wang ringgit atau tenaga bukan penentu.  Tapi keikhlasan yang lebih penting.  Mari kita sama-sama intai peluang itu.


Mungkin inilah manfaat yang Papa dapat dalam program ziarah papa di bulan Syawal yang mulia ini.  Alhamdulillah Papa dikurniakan kesedaran ini.


Tuesday 6 August 2013

Cerita Seorang Apek

Kali ni Papa nak ceritakan sikit pengalaman Papa masa beli barang kat Nilai.  Papa ada la beberapa benda nak dibeli di Nilai tu.  Tengah dok cari barang tu tetiba Papa Nampak beg sekolah.  Teringat beg sekolah anak Papa dah agak buruk.  Jadi, Papa ingat nak belikan yang baru.  (Nota: Anak Papa tadika jer).

So faham-faham la bebudak ni, kalau dia nak yang tu, yang tu la.  Anak Papa ni berkenan pada satu beg yang tergantung “key-chain” Hello Kitty.  Tapi beg yang dia nak tu kotor sikit.  Mungkin dah lama kot kat kedai tu takde orang beli.  Cari punya cari jumpa la yang sebijik sama, tapi takde pulak la si Hello Kitty nyer.

Jadi Papa pun panggil la si Apek ni.  Mintak dia tolong pindahkan Hello Kitty dari beg yang kotor tu ke beg yang elok sikit ni.  Sambil-sambil dia menukar tu, mulut membebel gak la bercerita.  Dia kata sebenarnya key-chain tu bukannya datang sekali dengan beg ni.  Tapi dia beli asing.  Dia beli banyak-banyak.  Ada lebih dia letak la kat beg-beg tu.  Tu sebab ada yang ada ada yang takde.

Apek ni sambung lagi cerita.  Dia kata, dia beli banyak-banyak sebab ada orang buta datang kat dia mintak tolong.  Orang buta tu tanya kat apek ni apa yang dia boleh tolong jual.  Jadi Apek ni pun belikan key-chain tu banyak-banyak bagi kat orang buta tu untuk jual.  “Saya beli sajer bagi dia, saya takde ambik duit pun.  Saja mau tolong”,itulah kata apek tu. 

Masyaallah, baik rupanya apek ni.  Dia sanggup keluarkan duit dia sendiri (tak tahu lah berapa kan) untuk bantu orang buta tadi.  Tak kisahlah apa jua bangsa orang buta tu. 

Walaupun apek ini bukan muslim, tapi cerita dia memberi kesedaran dan pengajaran pada Papa.  Betapa ada orang-orang di luar sana yang baik hati suka membantu orang yang susah.  Tidak hanya terikat kepada sedekah seringgit dua ringgit dalam tabung atau beli tisu yang dijual.  Papa masih lagi belum di tahap macam tu.  Mungkin Papa kena usaha ke arah itu.  Pernah tak bila kita nak sedekah di masjid, kita tercari-cari duit kecik dalam poket.  Bila takde, tak jadi pulak kita nak sedekah.  Itulah Papa.  Papa nak cuba ubah.  Kena yakin apa yang kita sedekahkan dengan ikhlas akan dibalas oleh Allah.  Tidak di dunia, mungkin di akhirat.  Tapi bukan senang nak jadi ikhlas, insyaallah Papa akan cuba.  Doakan Papa.


Apa-apa pun, sebenarnya point Papa selain dari soal membantu/sedekah pada golongan kurang upaya, ialah betapa ilmu itu boleh kita dapati selain dari buku atau kuliah sahaja.  Dari apa yang berlaku di depan kita juga banyak ilmu dan pengajaran yang boleh kita “pick-up” asalkan kita membuka minda kita dan mencari ilmu itu.

"Carilah ilmu kerana dengan ilmu sahajalah dapat mengubah diri kita" - ni Papa quote kata-kata Prof Dr Muhaya.

Salam Syawal.


Friday 2 August 2013

Wasiat

Papa nak cerita sikit la pasal wasiat.  Cop, bukan Papa nak kata yang Papa dah nak “pergi”.  Kita tak tahu pun bila hari kematian kita kan?  Jadi kenalah kita bersedia.  Dari segi amalan dan sebagainya, termasuklah soal wasiat. 

Papa rasa wasiat ni memang penting bagi Papa.  Bukan semata-mata soal pengagihan harta semata-mata.  Bagi Papa kepentingan dia merangkum dari sudut untuk memastikan hutang Papa di dunia ini dijelaskan selepas Papa tiada.  Memastikan harta Papa diwakafkan mengikut kehendak Papa. Paling penting ialah ada orang/badan yang menguruskan pebahagian harta Papa nanti dengan segera dan tersusun.  Sebab tu Papa rasa elok Papa lantik je Wasi dari syarikat-syarikat yang buat wasiat ni.  Macam Al-Salihin ke, ARB ke, etc. 

Papa takde niat nak huraikan pasal wasiat penjang lebar di sini sebab boleh tanya Syeikh Al-Google.  Banyak dalam website.  Lagipun Papa takde la pandai sangat bab ni.  Kalau tanya dengan agent wasiat, mereka boleh bagi firman dan hadis-hadis akan kepentingan wasiat.  Kalau tak silap Papa berwasiat di anggap sebagai sunat muakkad. 

Papa dah cerita kenapa Papa nak buat wasiat.  Tapi macam mana nak buat wasiat kalau kita tak tahu apa yang nak kita wasiatkan?  Betul tak?  Atau kita tak tau siapa yang layak dan berapa bahagian dia layak dr harta kita?  Kita juga kena tahu sapa yang layak ke atas harta sepencarian kita.

Ini sekadar tips dari Papa.  Sebab Papa dah buat benda ni.  So bolehlah share-share serba sikit.  Kalau ada yang ada tips-tips lain, sila2 la share.  Supaya bermanfaat kepada kita semua. 

1.     Kenal pasti harta sepencarian.  Dah kenal pasti, then pastikan kita declare dlm wasiat yang ini merupakan harta sepencarian.  Ini supaya pasangan kita akan dpt 50% + bahagian faraid beliau utk setiap harta sepencarian tersebut (siapa tak sayang bini kan?).  Setahu Papa, di bawah ini dikategorikan sebagai harta sepencarian:
a.        Rumah
b.       Tanah
c.        Kereta
d.       Simpanan – termasuk simpanan Tabung Haji

2.     Papa buat dalam excel. Papa senaraikan semua harta-harta, simpanan, insuran dan maklumat hutang.  Papa buat in details termasuk butiran seperti no akaun simpanan, no akaun loan (rumah, kereta & peribadi).  No policy insuran, no KWSP, no ahli koperasi dan sebagainya. 
a.        Utk setiap jenis harta, Papa tulis siap2 hasrat Papa.  Apa nak buat dengan harta tersebut.  Nak wasiatkan pada sapa atau ikut faraid, etc.
b.       Bila Papa dah siap, Papa bagi kat kawan baik Papa satu salinan untuk dia simpan.  At least kalau Papa tak sempat nak lantik Wasi pun, Papa dah ada sort macam wasiat Papa.  Dan yang penting, at least ada seseorang yang tahu pasal maklumat harta Papa (walaupun takde la banyak sangat).  Tapi mesti cari orang yang amanah dan boleh kita percayai. 
c.        Bila Papa dah ada senarai, Papa bagi jer list ni kat ARB.  So dari situ dorang draftkan wasiat untuk Papa.  Nanti dah siap draft Papa baca and kalau tak betul, Papa mintak betulkan sebelum sign final Wasiat.  Selalunya dah tak banyak pembetulan sebab dah quite lengkap dan mudah orang nak paham.

3.      Sebelum buat 2(a) tu, kena juga tahu hak waris.  Siapa waris kita mengikut faraid.  Paling asas:
a.        Ibu dan bapa 1/6 bahagian
b.       Isteri 1/8 bahagia
c.        Bakinya di bahagi kepada anak2 dgn 2 bahagian anak lelaki dan 1 bahagian anak perempuan

4.     Yang Papa senarai dalam 3(a) tu asas jer tau.  Kalau takde anak lelaki lain pulak caranya.  Mungkin ada bahagian yang akan diwarisi oleh ayah kita.  Kalau ayah kita dah tiada, akan di warisi oleh adik beradik kita pulak. 

5.     Tak perlu pening sangat dengan item no (4) tu.  Yang penting kita faham asasnya dulu.  Yang lain2 tu pihak yang bantu kita buat wasiat boleh nasihatkan kita.  Tapi pada asasnya, kita hanya perlu beritahu mana harta sepencarian, berapa bahagian nak kita wakaf, dan selebihnya samaada 100% cara faraid atau ada niat kita nak wasiatkan pada orang-orang tertentu.

6.     Tapi kita perlu tahu, kalau ada satu waris yang tak setuju dengan wasiat kita dia layak untuk mendapat bahagian dia mengikut kiraan faraid

Btw, jangan kita takut untuk berwasiat awal sebab wasiat boleh diubah selagi kita hidup. Yang terakhir yang akan dijalankan. 

Macam Papa katakan awal2 tadi, Papa buat wasiat sebagai persediaan sebab kita tak tahu bila masa kita.  Harap2 dengan itu memudahkan waris Papa bila Papa tiada.  Takdelah harta atau simpanan yang dibekukan kerana masalah pembahagian harta yang tak selesai.  Dan yang paling penting ada orang tolong uruskan dan menjimatkan masa.

Papa bukan pakar wasiat atau agen wasiat.  Ini Papa tulis berdasarkan pengalaman Papa sendiri.  Mungkin ada yang silap tolong betulkan.  Utk nasihat pasal wasiat boleh consult dengan yang lebih pakar.

Papa buat wasiat sebab Papa sayang keluarga Papa.  Papa tak nak susahkan diorang bila Papa dah takde.  Ini yang terdaya Papa buat.