Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Sunday, 22 February 2015

Travelling Tips

Kepada yang minat untuk travelling, boleh la ambik tips utk berjimat semasa travel.  Klik sini
Bila travel atau dalam term kita musafir, cubalah ikut sunnah nabi.  Antaranya memohon maaf, meninggalkan wasiat dan buatlah solat musafir.  Semoga perjalanan kita dipermudah dan diberkati.

PRE-OWNED CAR

Papa tak berapa tahu pasal pre-owned car.  Rupanya pre-owned dengan recond car sama je.  Term je orang pakai lain2.  Walaupun ada kawan2 dan sedara Papa yang pakai recond car tapi Papa masih kurang yakin.  Masih belum buat keputusan nak tukar kereta ni.  Dah 6 tahun dah kereta ni.  Anyway di sini ada article tentang 6 kebaikan beli kereta pre-owned.  Saja nak share.  klik sini

Friday, 20 February 2015

1. buat jahat pada orang yang buat jahat dengan kita, itu dendam

2. buat jahat pada orang yang buat baik dengan kita, itu zalim

3. buat baik pada yang buat baik pada kita, itu lumrah

4. buat baik pada yang buat jahat pada kita, itu sunnah

yang sunnah yang patut kita ikut, tapi itulah yang paling sukar....

Saturday, 7 February 2015

BERSYUKUR - KALAU KEJAR DUNIA, NAFSU TAK AKAN PUAS

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin