Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Tuesday, 14 April 2015

Wuduk penghapus dosa


Di tulis oleh Mohd Shahrizal Nasir.  Artikel ini di ambil dr Harian Metro (Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015)      
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali...” (Surah al-Ma’idah, ayat 6)
Wuduk dalam bahasa Arab berasal daripada al-wada’ah yang membawa makna al-hasan iaitu kebaikan dan makna an-nazofah (kebersihan).

Daripada istilah ‘kebaikan’ dan ‘kebersihan’ ini dapat difahami bahawa pensyariatan wuduk membawa satu mesej penting dalam kehidupan kita sebagai Muslim yang perlu sentiasa melakukan kebaikan dan menjaga kebersihan zahir mahupun batin.

Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”

Apabila kita memahami kepentingan wuduk dalam menentukan kualiti ibadat, khususnya solat, maka kita perlu semak semula cara kita berwuduk.

Adakah kita berwuduk dengan sempurna, kita menepati tatacara ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan melakukan perkara yang tidak menjejaskan kesempurnaan wuduk?

Daripada Humran bahawa Uthman RA meminta untuk berwuduk, kemudian beliau mencuci kedua tapak tangannya tiga kali, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya.
Kemudian beliau membasuh wajahnya tiga kali, membasuh tangan kanannya hingga siku tiga kali, membasuh tangan kirinya hingga siku tiga kali. Kemudian beliau mengusap kepalanya, seterusnya beliau membasuh kaki kanannya hingga mata kaki tiga kali, begitu juga yang kiri.

Kemudian beliau berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW berwuduk seperti wudukku ini.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bercakap mengenai wuduk tidak memadai berdasarkan teori sahaja. Oleh itu, sebaik-baiknya kita mempelajari secara praktikal agar lebih jelas dan lebih faham.
Ajarlah anak cara wuduk yang betul kerana ia adalah ilmu asas yang sangat penting. Tunjuk kepada mereka cara wuduk yang betul secara praktikal.
Selain itu, antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah berusaha untuk berwuduk dengan mengamalkan perkara sunat ketika wuduk.

Meskipun kita mengetahui anggota wajib ketika berwuduk, ada anggota lain yang sunat seperti berkumur.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Baginda berkumur-kumur serta memasukkan air ke hidung (serentak) dengan sebelah tangan dan melakukannya tiga kali.

Kita juga dilarang membazir air ketika berwuduk. Air perlu digunakan pada kadar sepatutnya. Jangan buka paip secara kuat hingga kadangkala mengganggu orang lain yang juga sedang berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya akan ada dalam kalangan umat ini, satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Berdoa selepas berwuduk juga adalah satu sunah Rasulullah SAW. Antara doa diriwayatkan Imam at-Tirmizi ialah: “Ya Allah, jadikanlah aku golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku golongan orang yang membersihkan diri.”

Wuduk yang sempurna turut menjadi sebab terhapusnya dosa, sebagaimana hadis Rasulullah SAW: “Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

“Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.

“Sewaktu dia membasuh kedua-dua belah kakinya, keluarlah daripada kedua-dua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwuduk, dia bersih daripada dosa-dosanya.” (Riwayat Muslim)

Ayuh kita perbaiki cara berwuduk dan pertingkatkan kualitinya. Kita amalkan wuduk yang sempurna agar pada hari kiamat nanti kita tergolong dalam kalangan umat yang anggotanya bercahaya disebabkan kesan wuduk sempurna.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat kelak dalam keadaan putih (pada dahi) dan bercahaya (pada anggota) kerana kesan wuduk. Maka sesiapa yang mampu melebarkan warna putihnya, maka lakukanlah.” (Riwayat al-Bukhari)

Penulis ialah pensyarah UniSZA

     

Sunday, 12 April 2015

ITULAH IBU KITA

SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA.

"JOM SAYANG KITA PERGI  MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA."

ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA:

"SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..""

SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT.

ISTERINYA MENJAWAB, "AJAKLAH MAK ABANG."

"ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG."

"SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA..
ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA."

SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU.

DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA.

IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA.

IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR
HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA..

SI ANAK MENGIAKAN.

DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU.

MEREKA BERBUAL PANJANG.

IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA..

SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA.

"OK KE MAK?"

"MAK SERONOK KE?"

JAWABNYA IBUNYA,

"YA ANAKKU."

"SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. "

"SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU."

"NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?”

JAWAB IBUNYA,

"NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI..

SETELAH ITU MEREKAPUN PULANG.

SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA.

SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI..

TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON IBUNYA YANG KESEORANGAN.

JUMPA JARANG-JARANG SEKALI.

SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT.

DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA.

APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA.

DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA.

TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU.

TEMPAT MAKAN UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR...

MEREKAPUN MAKAN.

MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU.

RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH IBUNYA. 

KATA IBUNYA,
"TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK".

" MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK.

MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU.

"SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU."

LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK.

ITULAH MAK.....

YA ALLAH, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK.

TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN.

TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI....

MALAM HARI BRRDOA DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON KEBAIKAN BUAT MAK...

KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT BARU KHIDMAT SIKIT KAT MAK.

BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN KAT MAK, DAH RASA MEMADAI .

SEBENARNYA KITA BELUM BUAT BAIK KAT MAK....

KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK...

ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA2.

MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN

MAK BERSABUNG NYAWA NAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI

NAK BAGI KITA PERGI TADIKA

NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH

NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH

NAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI

NAK BAGI KITA BEKERJA

NAK BAGI KITA BERKAHWIN

NAK BAGI KITA ADA ANAK

BUKAN NAK BAGI LUPAKAN DIA..... 

MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN.

MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR SEHINGGA 3 TAHUN.

MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN

MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN

MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN.

MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA  BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN.

MAK DUKUNG 3 TAHUN.

MAK CUCI NAJIS 5 TAHUN.

MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA.

MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT....TIADA KESUDAHAN....

KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA..?????

JADILAH ANAK SOLEH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK.

INI BUKAN PILIHAN.

TAPI
PERINTAH ALLAH SWT
PERINTAH RASULULLAH SAW YANG WAJIB DAN TERAMAT BESAR TUNTUTANNYA.

HARGAILAH MAK KITA..

SAYANGILAH MAK.

MINTA MAAF KAT MAK.

BUAT BAIK KAT MAK....

CAKAP ELOK2 DENGAN MAK

JAGALAH HATI MAK....

BERBUALLAH DENGAN MAK

HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK.