Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Sunday, 2 July 2017

USIA

Setelah hampir 15 tahun Papa tidak bermain bola, semalam Papa main futsal.  Papa pun tak sedar macam mana tercetus idea futsal ni, tp ia bermula dengan cabar mencabar antara pak pak sedara dan anak2 buah.  Jadilah salah satu aktiviti raya tahun ini dalam keluarga besar kami.  Pak2 sedara yg vateran2 ini vs anak2 sedara yg belasan tahun dan awal 20an.

Ternyata setelah 15 tahun tidak aktif main bola dan atas kesedaran diri sendiri, Papa tak blh main lama dan tidak bnyk bergerak pun. Kalau dpt bola terus cari orang nak pass.  Tak boleh nak drible.  Budak2 muda tu laju2.  Tak terkejar.  Spt yg dijangka kami tewas.

Tapi dalam kumpulan vateran kami ada yg masih cergas kerana ada juga yang masih aktif bermain hingga kini.  Tp tidaklah selincah budak2 muda.  Mungkin tak sama dgn waktu mereka muda2 dulu.

Tidur malam tadi agak tidak berapa nyenyak.  Tiba2 terkenang zaman2 Papa aktif bermain dulu.  Tenaga, kelajuan dan kelincahan.  Teringat satu masa kami bermain dgn kawan2 opis (first time dgn office mate), masa rehat seorang sahabat yg jauh lbh senior komen kepada sahabat yg lain di dpn Papa 'laju betullah dia ni'(merujuk kpd Papa). Ya pada waktu itu Papa mmg dikenali dgn kelajuan dan kelincahan.  Mmg Papa kerap menjadi winger.  Dan semalam, Papa ibarat sahabat Papa yg melihat kelincahan anak2 muda dan menyedari betapa susutnya kebolehan diri sendiri.

USIA menarik sedikit2 apa yang ada dari kita.   Tenaga, kecergasan, fizikal (badan dh mula sakit sini sana) dan mungkin kesihatan kita.  Mungkin sebagai tanda ingatan kepada kita.  Mungkin utk sedarkan kita, zaman kita bakal berakhir.  Mungkin utk ingatkan kita  apa yg kita buat di kala muda sebelum tua? cukupkah atau waktu sekaranglah kita mahu cukupkan.  Atau lekakah kita di waktu muda jadi sekarang kita perlu tebusnya kembali?

Namun begitu USIA tidak hanya menarik apa yg kita ada.  Mudah2an USIA juga berikan kita ketenangan, kesabaran, pengalaman dan kematangan untuk meniti usia kita dgn lbh pengisian, ibadat dan manfaat pada diri kita dan mereka2 di sekeliling kita.  InsyaAllah.