Pernah tak kita nak buat sesuatu tetapi kita tak jadi, sebab
kita rasa kita tak mampu nak lakukannya.
Inilah mental block. Papa kira
mental block ni berlaku pada semua peringkat sama ada kanak-kanak, dewasa atau
pun yang dah tua. Adakah mental block
ini tak dapat di atasi? Atau hanya dapat
di atasi ketika muda sahaja?
Dari pengalaman, Papa rasa tidak. Tetapi Papa rasa ianya perlu dilatih ketika
anak-anak kecil lagi (masih budak-budak).
Keluarga Papa bukan dari kalangan orang yang berniaga. Boleh dikatakan rata-rata kerja dengan
orang. Jadi dari zaman pelajar Papa tak
cenderung untuk berniaga sehingga lah pada umur Papa hujung 30an, seorang kawan
Papa ajak Papa tolong dia berniaga di tapak konvo.
Papa setuju, setakat tolong2 jer apa salahnya kan. Tolong2 angkat barang, susun, jual sikit2
kan? Tapi dia syaratkan share
50-50. Hu hu.. Risiko tu. Takpelah, dia ka nada pengalaman, tumpang tui
je la.
Apa yang terjadi, semasa konvo tu berjalan, Papa terpaksa “pikat”
student2 untuk beli. Tak boleh duduk
diam jer. Kalau tak barang tak laku
sebab ada pesaing. Papa tak pernah buat
semua ni. Tapi kawan Papa paksa. Dan lama kelamaan hilang rasa malu. Papa boleh pull crowd ke booth kami, boleh
buat sales dan boleh buat macam2 yang Papa tak pernah buat. Mental block Papa bahawa “Papa tak reti nak
meniaga” telah berjaya di atasi pada waktu itu.
Dan sekarang Papa dah tak malu nak berniaga. Dah boleh meniaga. Alhamdulillah business part time Papa berjalan
lancar. Sekali sekala buat jualan tapak
dengan kawan. Dah tak malu tapi suka.
Apa yang membuatkan Papa menulis berkaitan perkara ini
adalah kerana baru-baru ini, Big Boss Papa ada buat briefing. Rata-rata yang datang semua duduk
belakang. Jadi beliau telah berkata; “u
all ni ada yang mengharap satu hari nanti nak jadi bos, tapi kalau takde
confident nak dtg depan macam mana nak jadi bos”. Hmm.. betul jugak. Selama ni Papa suka duduk belakang. Malas nak duduk depan sbb sentiasa rasa kalau
duduk depan macam nak bodek. Ini satu
lagi MENTAL BLOCK.
Walaupun Papa dah berjaya atasi mental block untuk meniaga
tetapi tidak untuk bab-bab macam di atas.
Yeke kalau duduk depan membodek?
Tak semestinya kan? So ini adalah
mental block yang perlu kita Papa kikis.
Dan terdetik di kepala Papa bahawa kita boleh menghapuskan mental block
ni dengan benda2 yang simple, contohnya, start duduk depan time briefing. Tak pernah tolong bini sidai kain, kita
tolong sidai. Pendek kata buat jer la
benda2 yang tak pernah kita buat (benda baik je ye...plz..)
So balik kepada anak-anak kita, mungkin kita boleh train dia
supaya tegur kanak-kanak yang sebaya.
Suruh dia tanya nama kawan2.
Suruh dia tolong mintakkan sudu ke tissue ke di kedai makan. Suruh dia mohon maaf sekiranya buat salah. Dan banyak lagi. Benda-benda simple ni boleh membuatkan anak-anak
kita yakin pada diri sendiri. Dan kalau
keyakinan diri telah diterap sedari kecil nescaya, apa2 jua keadaa, mereka
boleh membendung diri mereka dari “Mental Block”.
Wallahualam, sekadar pandangan Papa.