Tertarik mendengar kata-kata Ustaz Kazim dalam Kalau Dah Jodoh pasal ujian Allah. Lebih kurang bergini intipatinya:
"4 orang tengah makan roti canai dan minum kopi, lalu janda yang baru kematian suami dengan 4 orang anaknya. Jadi orang-orang yang tengah makan/minum tu dok berbincang mengenai ujian Allah ke atas janda tu. Ye, janda tu sedang diuji, tetapi 4 orang tu juga sedang diuji. Adakah mereka tergerak utk hulurkan bantuan kepada janda tu? Itulah bentuk ujian Allah terhadap mereka"
Dalam erti kata lain, Allah senantiasa menguji kita. Baik atau buruk, kaya atau miskin, sihat atau sakit, semua itu merupakan bentuk ujian Allah terhadap umatnya. Adakah kita sabar dengan musibah yang menimpa kita atau adakah kita bersyukur bila dikurniakan kebaikan/kesenangan? Kita diuji setiap masa. Oleh itu senantiasa peka, redha dan mensyukuri nikmat Allah.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Wallahualam
Ini Dunia Papa - Sebuah Blog untuk berkongsi pandangan, hasrat, kenangan dan info-info berguna (dan apa-apa sajalah).
Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah
Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

No comments:
Post a Comment