Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Friday, 21 February 2014

Kisah Sedekah

Dah lama Papa tak tulis kat blog ni.  Sejak ada whatsapp ni, banyak info-info, peringatan-peringatan yang diedarkan melalui whatsapp.  Mana-mana yang Papa rasa bagus, Papa copy & paste kat blog ni.  Kalau ada yang baca dan amalkan alhamdulillah.  Tambah la sikit kot saham Papa kat akhirat.

Bercakap pasal saham akhirat, salah satunya ialah sedekah.  Papa rasa ramai yang dah tahu kelebihan bersedekah.  Selain dimurahkan rezeki, ianya juga boleh menjadi penolak musibah.

Sebenarnya, Papa bukan nak cerita pasal kebaikan sedekah yang ramai dah tahu.  Tetapi Papa nak cerita pasal kisah yang Papa dengar dari radio lebih kurang 2 minggu sedah kot.  Sekadar kongsi apa yang Papa dengar yang diceritakan oleh ustaz dan DJ radio tu semoga boleh dijadikan renungan kita dan memberi lebih motivasi untuk kita bersedekah.

Lebih kurang begini lah yer citer dia:

Cerita yang pertama; pasal Ustaz ni yang tanya seorang pelajar sekolah (tak pasti sekolah rendah ke menengah).  Pelajar ni dapat duit belanja RM 1 sehari.  Jadi Ustaz ni tanya, cukup ke nak makan dengan RM 1 sehari.  Budak ni jawab, dia makan selang hari.  Hari Selasa dan Khamis.  Jadi ada la RM 2 untuk beli makanan.  Ustaz ni tanya, habis tu duit hari Jumaat buat apa?  Dia jawab, sedekah kat masjid.  Masyaallah.  Seorang pelajar yang nak makan pun tak berapa cukup untuk diri sendiri, masih ada matlamat untuk bersedekah.  Apakah kita yang dah bekerja, mampu pakai smartphone dengan 3G, boleh minum chattime setiap minggu tapi masih lokek nak bersedekah.  Jadi marilah kita renung diri kita sendiri.

Apa2 pun saya yakin budak itu mendapat didikan yang baik dari ibu dan bapanya.  Ambil iktibar juga semoga kita dapat didik anak kita dengan baik.

Cerita yang kedua, pasal kawan kepada DJ ni (wanita) yang meninggal dunia.  Bila dia tengok jenazah, mukanya bercahaya.  Setahu dia, jenazah bukanlah jenis yang banyak amalan sunat (dari segi solat sunat atau puasa sunat).  Jadi menimbulkan persoalan la kepada DJ ni.  Lalu dia tanya kat mak jenazah, masa hayatnya apa yang jenazah selalu buat.  Mak jenazah jawab, anak dia bila dah bekerja setiap kali dapat gaji, benda pertama yang dia lakukan mesti tanya mak dia apa yang mak dia perlukan.  Dia akan penuhi keperluan mak dia kemudian barulah lebihan tersebut dia pakai untuk diri dia.  Sehingga dia kahwin dan ada anak pun, dia akan dulukan keperluan mak dia.

Itulah dua kisah yang Papa nak share semoga dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.



Ingat Akan Mati

Hari ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yg kita suka. Selepas itu kita ke almari dan pilih baju apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka. Kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yg kita kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..

Selepas sembahyang kita boleh pergi kemana sahaja kita nak pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang ke rumah...

TETAPI... Suatu hari nanti...

Kita x mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..

Kita dah x boleh pakai pakaian yg kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita dah x boleh pergi mana2 KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaituTANAH PERKUBURAN...

diwaktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yg ada selama ni adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yg kita selama ini terpadaya dgn keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".

~Surah Al-'Asr.

AIRMATA RASULULLAH ﷺ

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"  tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu...

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.