Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Friday, 21 February 2014

Kisah Sedekah

Dah lama Papa tak tulis kat blog ni.  Sejak ada whatsapp ni, banyak info-info, peringatan-peringatan yang diedarkan melalui whatsapp.  Mana-mana yang Papa rasa bagus, Papa copy & paste kat blog ni.  Kalau ada yang baca dan amalkan alhamdulillah.  Tambah la sikit kot saham Papa kat akhirat.

Bercakap pasal saham akhirat, salah satunya ialah sedekah.  Papa rasa ramai yang dah tahu kelebihan bersedekah.  Selain dimurahkan rezeki, ianya juga boleh menjadi penolak musibah.

Sebenarnya, Papa bukan nak cerita pasal kebaikan sedekah yang ramai dah tahu.  Tetapi Papa nak cerita pasal kisah yang Papa dengar dari radio lebih kurang 2 minggu sedah kot.  Sekadar kongsi apa yang Papa dengar yang diceritakan oleh ustaz dan DJ radio tu semoga boleh dijadikan renungan kita dan memberi lebih motivasi untuk kita bersedekah.

Lebih kurang begini lah yer citer dia:

Cerita yang pertama; pasal Ustaz ni yang tanya seorang pelajar sekolah (tak pasti sekolah rendah ke menengah).  Pelajar ni dapat duit belanja RM 1 sehari.  Jadi Ustaz ni tanya, cukup ke nak makan dengan RM 1 sehari.  Budak ni jawab, dia makan selang hari.  Hari Selasa dan Khamis.  Jadi ada la RM 2 untuk beli makanan.  Ustaz ni tanya, habis tu duit hari Jumaat buat apa?  Dia jawab, sedekah kat masjid.  Masyaallah.  Seorang pelajar yang nak makan pun tak berapa cukup untuk diri sendiri, masih ada matlamat untuk bersedekah.  Apakah kita yang dah bekerja, mampu pakai smartphone dengan 3G, boleh minum chattime setiap minggu tapi masih lokek nak bersedekah.  Jadi marilah kita renung diri kita sendiri.

Apa2 pun saya yakin budak itu mendapat didikan yang baik dari ibu dan bapanya.  Ambil iktibar juga semoga kita dapat didik anak kita dengan baik.

Cerita yang kedua, pasal kawan kepada DJ ni (wanita) yang meninggal dunia.  Bila dia tengok jenazah, mukanya bercahaya.  Setahu dia, jenazah bukanlah jenis yang banyak amalan sunat (dari segi solat sunat atau puasa sunat).  Jadi menimbulkan persoalan la kepada DJ ni.  Lalu dia tanya kat mak jenazah, masa hayatnya apa yang jenazah selalu buat.  Mak jenazah jawab, anak dia bila dah bekerja setiap kali dapat gaji, benda pertama yang dia lakukan mesti tanya mak dia apa yang mak dia perlukan.  Dia akan penuhi keperluan mak dia kemudian barulah lebihan tersebut dia pakai untuk diri dia.  Sehingga dia kahwin dan ada anak pun, dia akan dulukan keperluan mak dia.

Itulah dua kisah yang Papa nak share semoga dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.


No comments:

Post a Comment