Dua tiga hari lepas Klang Valley dikurniakan Allah dengan hujan. Alhamdulillah. Setelah kita dilanda dengan jerebu dan masalah air, hujan turun meredakan sikit masalah tersebut.
Dalam tempoh tu Papa ada terdengar seseorang berkata, "patutlah hujan, buat pembenihan awan rupanya". Betul tu. Kerajaan kita ikhtiar dengan pembenihan awan dan dengan izinNya, maka turunlah hujan. Usaha kita takkan terhasil tanpa ada Allah yang mengizinkannya.
Cuba kita ingat kembali. Dua atau 3 minggu lepas kerajaan nak buat pembenihan awan tetapi tak dapat dilaksanakan kerana kurang awan. Masa itu Allah tidak mengizinkannya dengan dikurangkanNya awan di udara kita. Kemudian kerajaan tangguhkan pembenihan awan kerana beri priority kepada pencarian MH370. Nah sekali lagi Allah tidak izinkan.
Alhamdulillah kali ini Allah izinkan dan moga-moga hujan turun bersama dengan rahmat Allah.
Wallahualam
Ini Dunia Papa - Sebuah Blog untuk berkongsi pandangan, hasrat, kenangan dan info-info berguna (dan apa-apa sajalah).
Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah
Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

No comments:
Post a Comment