Allah berfirman dalam surah Saba' ayat 39, ''Katakanlah (wahai Muhammad): ''Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya; dan Dia juga yang menyempitkan untuknya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki''.
Kebanyakan kita tahu ganjaran sedekah dan masyarakat kita memang prihatin dan alhamdulillah amalan bersedekah ini dekat. dgn masyarakat kita.
Namun sebab itulah juga, tak kurang orang atau sindiket yang mengambil kesempatan untuk menipu demi kepentingan peribadi. Nauzubillah. Ya Allah hindarilah kami dari golongan ini.
Disebab adanya golongan ini maka kita dirisaukan utk bersedekah. Kalau ada budak2 atau orang yg selalu dtg di kedai kedai makan, depan bank dan sebagainya, kita sangsi lalu kita pun tidak mahu menghulur. Selalunya kalau kita hulur pun RM 1 shj
Ada yang menyarankan agar apabila bersedekah hulurkan pada Badan2 kebajikan yang diyakini. Masjid misalannya. Ada juga para ustaz yang kata, bersedekah sahaja. Insyaallah sedekah yang ikhlas ada pahala di sisi Allah. Kalau mereka tipu, mereka akan tanggung dosa. Allah maha mengetahui niat hambaNya.
Pendapat peribadi Papa. Papa jadikan amalan memberi(x bnyk pn) setiap kali ada pengemis yang meminta. Papa nak jadikan ianya sebagai latihan kepada Papa utk bersedekah. Papa teringat ada ustaz pesan pada Papa, kalau sikit pun kita susah nak bagi, apatah lagi yang besar. Jadi latihlah diri bersedekah.
Marilah kita latih diri kita utk bersedekah. Peluang latihan tu bnyk disekeliling kita. Tak mahal sangat pun kursus tu. Bayar seikhlas hati.
Wallahualam.