Riwayat: Tirmizi dan katanya : Hadis ini Hasan
Hadith:
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW , “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya”. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu berkata,“Hasbunallahuwani’malwakil”
(cukuplah Allah tempat kita menyerah)”.
Huraian Hadith:
Islam mengingatkan umatnya supaya jangan terlalu cintakan dunia sehingga mengabaikan amalan akhirat.
Umat Islam dikehendaki mengingati hari kiamat dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh sebagai bekalan hari akhirat. Apabila mendengar cerita mengenai hari kiamat hendaklah kita berkata,“Hasbunallahuwani’malwakil”.
Malaikat Israfil bertugas meniup sangkakala sebagai tanda bermulanya hari kiamat.
Orang yang beriman pasti merasa takut kepada kiamat kerana kejadiannya sangat dahsyat.
Rasulullah SAW bimbang andaikata kiamat berlaku ke atas umatnya yang soleh (di waktu mereka masih hidup) walaupun Junjungan mengetahui bahawa kiamat akan berlaku ke atas manusia-manusia yang jahat dan kafir (setelah dimatikan setiap orang yang beriman).
No comments:
Post a Comment