Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Monday, 5 January 2015

Ujian Allah

Sesungguhnya Allah menguji hambanya dengan berbagai cara.  Musibah banjir yang berlaku baru-baru ini di Negara kita merupakan satu ujian yang besar bukan sahaja kepada mangsa-mangsa banjir, tetapi kepada kita yang melihat dan mendengar mengenai musibah ini.

Mungkin Allah menguji kita yang selain dari mangsa banjir;

  1. Adakah kita simpati dengan mereka?
  2. Adakah kita membuat andaian bahawa musibah ini kerana dosa-dosa mereka?
  3. Adakah kita menghulurkan bantuan sedangkan kita mampu?
Ya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan ujian Nya yang tersendiri.  Sesungguhnya Papa percaya setiap apa yang berlaku adalah ujian Nya kepada hamba-hambanya.

Seperti yang Papa dapat dari sebaran whatsapp:

• Bila melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
 
Mohon agar hati-hati kita terbuka dan sentiasa dapat melihat ujian Nya kepada kita.
 
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment