Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Tuesday, 25 August 2015

HADIAH TERBAIK

HADIAH TERBAIK
Hadiah tidak semestinya sesuatu yg berupakan wang ringgit atau harta benda. Byk cara utk kita menghadiahkan sesuatu kpd org tersayang tanpa perlu membelanjakan wang yg ada:
~Hadiah terbaik utk seorang sahabat adalah doa.
~Hadiah terbaik utk seorang musuh adalah kemaafan
~Hadiah terbaik utk seorang guru adalah kejayaan
~Hadiah terbaik utk murid adalah tauladan
~Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
~Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah al-Fatihah
~Hadiah terbaik utk ibu bapa adalah kebaktian
~Hadiah terbaik utk isteri adalah penghargaan
~Hadiah terbaik utk suami adalah kesetiaan
~Hadiah terbaik utk anak adalah pendidikan
~Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah kejujuran
~ Hadiah terbaik utk org yg tak dikenali adalah senyuman
~Hadiah terbaik utk Rasulullah adalah selawat
~Hadiah terbaik utk Allah SWT adalah ketaqwaan
Sentiasalah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kpd insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk hari esok.

No comments:

Post a Comment