1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang 
untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap 
cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.
Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya,
 kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa 
bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya 
anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba 
menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang 
sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang 
berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba 
kongsikan.
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat 
sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah 
kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara 
istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat 
anak-anaknya.
Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika 
mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas 
hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah 
melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula 
menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan 
Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri 
kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.
Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabat group ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa 
yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat 
tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal 
buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas
 solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut 
satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu 
amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala 
membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk 
mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 
mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan 
untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.
Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan 
al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri 
kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri
 sendiri juga.
 Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.
Kongsilah dengan rakan group yg lain...mudah-mudahan  penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.
 

