Di zaman Nabi Allah Sulaiman 
a.s ada satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman a.s ternampak seekor
 semut melata di atas batu. Lantas Nabi Allah Sulaiman  a.s merasa 
hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di 
tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan Allah! Aku percaya 
rezeki di tangan Allah! Aku yakin di atas batu kering di padang pasir 
yang tandus ini ada rezeki untukku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman a.s pun bertanya: "Wahai semut, 
berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan 
banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan 
hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku 
boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas. Dia 
mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi 
sulaiman mengambil sebiji gandum, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas 
itu. Kemudian Nabi sulaiman tinggalkan semut itu di dalam bekas dengan 
sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum 
yang sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut. Lantas Nabi 
Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan 
lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi 
kamu hanya makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong! 
Kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apapun sehingga banyaknya 
sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri 
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa 
padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki 
aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah 
aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang 
kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan 
kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam. Oleh 
itu, kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah 
ini ialah dia tidak menggali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah 
lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini
 datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW 
oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 
kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada 
Imam Suffian 
dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang 
Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih 
mengadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"
Jawab Imam Suffian: "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat 
Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak 
percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. 
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU MENJAGA ENGKAU 
DAN ENGKAU MENJAGA HARTA. ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN. HARTA 
BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA 
DIBELANJAKAN".
Begitulah kisah iman semut dan iman seorang manusia yang 
saya ingin kongsikan kepada sahabat/adik beradiksemua . Semoga akal yang
 waras dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah yang sangat 
bermakna ini. Renung-renungkan...Wallahua'lam.🐜🐜🐜
 
No comments:
Post a Comment