Kadang-kadang kita tak sedar kita di duga. Misal kata kita baru dapat kekayaan, pangkat, harta dan sebagainya. Ianya datang dengan dugaan. Kekayaan kita macam mana kita gunakan. Pangkat kita macam mana kita gunakan. Harta kita bagaimana kita gunakan. Iye, bila kita mati, kita tak bawak kekayaan kita. Kita tak bawak pangkat kita dan kita tak bawak harta kita. Malah, sebelum kita mati pun kadang-kadang apa yang kita ada jadi tak berguna. Contoh, seorang yang berpangkat tinggi semasa bekerja, di hormati, disanjungi ketika dalam pangkat. Tetapi apabila pencen, lama kelamaan pangkat itu hilang begitu sahaja. Kalau sedang dalam pangkat, kalau buat kenduri ramai yang datang, bila dah pencen tak tentu lagi ramai akan ingat atau datang ke kenduri kita. Jadi apa yang akan kita bawa ialah apa yang kita lakukan dengan pangkat yang kita ada. Kalau digunakan dengan baik, nescaya sampai bila-bila kita dikenang. Dan amalan baik kita dengan pangkat itu akan terus dibawa hingga ke mati kita.
Itulah dunia, begitu banyak dugaan kita. Yang kita selalu sedar kalau dilanda kesusahan, kemiskinan dan sebagainya. Yang kita tak sedar kadang-kadang lebih banyak lagi. Bukan sahaja dugaan seperti Papa gambarkan di atas, tetapi juga dari segi kesyukuran kita dengan kelebihan kita.
Pernah tak kita nampak, ayah dan ibu bawak anak kecik atas motor bawah panas terik matahari. Mungkin pernah terlintas di hati kita (atau mungkin di hati Papa sahaja), kita kata "apalah parent ni. X kesian dkt anak kecik. Naiklah kereta ke". Mungkinkah motor itu adalah pengangkutan yang paling mampu si ayah sediakan untuk keluarganya? Dan kita mengutuk, tidak nmpk kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada kita. Dengan kemampuan utk memperoleh kenderaan yang baik untuk keluarga. Sepatutnya kita bersyukur dan bukan mengutuk.
Papa cuba didik diri untuk lihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Semoga hati akan lebih bersyukur dengan kelebihan yang ada dan tenang dengan kekurangan yang ada.
Wallahualam.
Ini Dunia Papa - Sebuah Blog untuk berkongsi pandangan, hasrat, kenangan dan info-info berguna (dan apa-apa sajalah).
Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah
Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah
Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran
No comments:
Post a Comment