Sering-kali Papa lihat (selain dari memang sah kategori Mat
Rempit) penunggang motosikal tidak memandu dengan hati-hati, terutama yang bawa
sekali dengan family (isteri atau anak-anak).
Ada yang tidak memakai topi keledar (ada yang pakai untuk diri sendiri
dan membiarkan anak tidak memakainya).
Membawa dengan laju, mencelah tanpa menghiraukan kemungkinan dilanggar.
Kenapa yer terjadi macam tu?
Nak cepat? Stress?
Ada kenalan Papa yang kata, “Dah tau bawak anak sederet,
bawak la kereta. Ni bahayakan nyawa
anak-bini”. Papa tak suka sangat
kenyataan ini. Kita kena berpijak di
bumi yang nyata. Tak semua orang mampu
pakai kereta macam kita. Yang bawa motor
tu bukan kita kenal. Bukan kita tahu pun
latar belakang mereka. Entah-entah orang
susah. Motor pun pinjam. Kita terlampau meng”assume”.
Pesanan Papa cuma satu.
Ingat-ingatlah orang tersayang. Bawalah
dengan hati-hati. Ingat tanggungjawab
yang kita pegang. Bila kita menyambut
akad, kita ambil tanggungjwab untuk menjaga isteri kita seterusnya anak-anak
kita. Di mana kita letakkan
tanggungjawab itu ketika kita membawa dengan laju? Ketika kita membiarkan mereka tidak bertopi
keledar? Keselamatan mereka
tanggungjawab kita juga kan?
Jadilah orang yang bertanggungjawab. Ikut undang-undang (walaupun ada yang kata
undang-undang dunia sahaja).
Undang-undang dunia di buat untuk keselamatan dan kemudahan. Kalau kita langgar akan ada orang yang
susah. Menyusahkan orang pun berdosa
juga. Apa-apa pun tepuk dada tanya
selera. Papa hanya pesan sahaja.
No comments:
Post a Comment