Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan 
oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi
 berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan 
kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet 
seorang pemuda. Maka mereka pun berbual: 
Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?" 
RM1 menjawab "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank terus ke tangan orang bawah 
daripada buruh penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis." 
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru rapi dan masih bersih?"  
RM100 menjawab "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank terus disambut 
perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks 
membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga
 dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi: "Pernahkah 
engkau berada di tempat ibadah?" 
RM100 menjawab "Belum pernah" 
RM1 pun berkata lagi: "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku 
selalu berada di seluruh tempat ibadah dan di tangan anak anak yatim 
piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku 
tidak dipandang sebagai sebuah nilai tetapi adalah sebuah manfaat." 
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak
 begitu bermanfaat selama ini.
Semoga cerita ini memberi pengajaran 
kepada kita semua
Ini Dunia Papa - Sebuah Blog untuk berkongsi pandangan, hasrat, kenangan dan info-info berguna (dan apa-apa sajalah).
Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian.  Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah
Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

No comments:
Post a Comment