Ibu Papa adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Hanya belajar setakat tingkatan 5. Tidak pernah bekerja sepanjang hidup
beliau. Tetapi beliau berjaya mendidik
anak-anak beliau. Rata2 kami
adik-beradik dapat membaca dengan baik dibawah bimbingan beliau sebelum umur
kami menjangkau 6 tahun. Papa sendiri
boleh membaca dengan lancar ketika berumur 4 tahun. Rata-rata kami adik beradik dah boleh membuat
kira-kira (campur, tolak, kali dan bahagi) sebelum masuk darjah satu. Rata-rata kami adik beradik akan dapat 100%
setiap subject semasa darjah satu kerana ibu telah ajar semuanya. Dan syukur, semua adik beradik kami belajar
sehingga peringkat Ijazah dan telah punya kehidupan sendiri.
Tidak adil rasanya hanya bercerita tentant ibu Papa sahaja.
Kami adik-beradik diterapkan disiplin oleh Ayah kami. Ayah yang menetapkan jadual harian, jadual
belajar, tegas dan garang. Papa rasa
disiplin kerja yang Papa miliki sekarang hasil latihan oleh Ayah sejak kecil.
Tapi malangnya, sebagai Ayah; Papa rasa gagal mengulangi
cara didikan Ibu dan Ayah Papa. Walaupun
kami suami isteri miliki ijazah tapi kami tidak dapat mengulangi kegemilangan
cara Ibu dan Ayah. Bukan bermaksud anak
Papa gagal, masih terlalu awal untuk “judge” kerana mereka masih kecil. Yang paling besar pun masih di sekolah
rendah.
Maksud Papa ialah, anak Papa hanya boleh membaca ketika
hampir2 nak masuk sekolah. Itu pun
berkat hantar nursery (hu hu). Bila dah
masuk sekolah, hantar tuition sebab Papa rasa tak mampu (tak komited) utk mengajar
tiap-tiap hari. Yelah ibu bapa sekarang
banyak komitmen. Tambah-tambah duduk kat
KL ni. Keluar kerja kena awal, balik
harus lambat. Bila dah sampai rumah,
penat. Dah tak larat nak tengok hal
sekolah budak-budak dan mengajar budak-budak.
Stress lagi. Karang kalau
mengajar rasa macam nak marah jer.
Itulah lumrah kehidupan sekarang, tak macam dulu-dulu. Papa harap (dan nak usahakan) semoga suatu
hari nanti isteri Papa boleh duduk rumah jer jadi full-time house wife. Sekarang nak kena plan betul-betul untuk
mantapkan income untuk tujuan itu. Harap
dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment