"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan." di petik dari website e-fatwa
Di bawah beberapa pandangan dari personaliti terkenal (dpt melalui whatsapp)
Namun kita tengok rata-rata rakan-rakan kita masih lagi merokok walaupun Papa yakin meraka tahu tentang fatwa yang dikeluarkan ini. Persoalannya kenapa? Adakah kerana mereka rasa ianya setakat dosa kecil? Tidakkan dosa kecil itu kalau dilakukan berulang kali akan menjadi dosa besar? Wallahualam.
Papa teringat kisah yang pernah Papa baca. Iaitu ketika arak diharamkan secara mutlak, dikhabarkan orang Islam membuang semua arak sehingga menjadi seumpama sungai yang mengalir. Itulah bukti iman mereka dan takutnya mereka kepada hukum Allah. Tetapi ianya tidak terjadi pada zaman ini malah ada yang mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan ulama.
Papa sarankan sesiapa yang masih merokok agar segeralah mencari jalan untuk berhenti secara mutlak. Insyaallah kalau niat kita kerana agama (fatwa rokok itu haram), akan dipermudahkan oleh Allah.
Marilah kita cuba. Papa pun alhamdulillah dah berjaya berhenti secara mutlak beberapa tahun yang lalu. Badan pun rasa makin "sihat".
No comments:
Post a Comment