Lately ni Papa minat pulak baca pasal hiburan. Selalu baca beautifulnara le.. Papa baca jer
tak comment pun. Ada la jugak terbaca
pasal artis-artis kena block certain follower sebab bagi diorang follower-follower
ni bagi komen yang mengaibkan,
menjatuhkan maruah lah, dan sebagainya.
Tapi ada yang berpendapat yang follower-follower ni sebenarnya bagi
nasihat sebenarnya.
Apa-apa pun bagi
Papa semuanya bergantung pada niat.
Kalau niat baik nak bagi nasihat, Alhamdulillah dan perlulah di ambik
dengan positif. Tapi kalau bunyi macam
nasihat tapi sebenarnya niat nak sengaja buat provokasi, itu tak baiklah.
Oklah, berbalik pada topik lah. Bagi Papa, nak nasihat orang pun kenalah ada
hemahnya. Papa ada dengar ceramah
baru-baru ini, ustaz tu kata sebelum kita tegur orang lain, pastikan kita pun
melakukan perkara yang baik. Yelah kalau
nak tegur orang suruh tutup aurat, kita pun kenalah tutup aurat juga. Bak kata orang melayu, cakap kena serupa bikin.
Macam Papa kata tadi, kita kena ikhlas dalam member nasihat. Kalau niat kita ikhlas, apa kata kita tegur
atau nasihat secara private. Tak payah lah kita nasihat secara terbuka yang
boleh disalah-tafsirkan oleh orang lain.
Yelah bahasa tulisan ni kalau salah intonasi masa baca boleh mengundang
maksud yang lain. Paling tidak, nasihat
yang disampaikan terus secara private akan tidak mengaibkan kepada orang yang
dinasihati dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang yang dinasihat
untuk response pada nasihat kita dalam keadaan yang lebih selesa. Takdelah berbalas-balas kenyataan di ruang
cyber yang selalunya mengundang lebih banyak provokasi dan mengungkit lebih
banya cerita.
Apa yang Papa katakan di atas bukan untuk scope tegur artis sahaja
tapi merangkumi semua keadaan. Nasihat
anak pun kena berhemah. Jangan sampai
aibkan dia di depan khalayak ataupun kawan-kawan dia. Takut anak kita kecil hati, malu pada
kawan-kawan dia. Nanti lagi dia tak
hormat kita dan mungkin juga akan mewujudkan rasa rendah diri terhadap kawan-kawan
lain.
Papa rasa kalau kita nasihat anak-anak dengan cara baik,
lembut dan dengan alas an yang baik, insyaallah anak kita akan senang terima
teguran kita. Dan banyak-banyaklah
berdoa semoga dapat anak yang mendengar kata.
Tiada apa yg dapat mengubah sesuatu kecuali Allah.
No comments:
Post a Comment