Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Sunday, 30 November 2014

Sifat Rendah Diri

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
·
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
·
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
·
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
·
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
·
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
·
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
···
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.

saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat mana kita.

Tuesday, 25 November 2014

AMAL JARIAH, SUMBANGAN DAN DERMA

Posting ini di khas kan utk Papa letak maklumat-maklumat berkaitan permohonan untuk sumbangan dan derma.  Jadi boleh la pembaca-pembaca buat sumbangan.  Papa letakkan link berkaitan dengan permohonan sumbangan, para pembaca bacalah sendiri website tersebut dan buat penilaian masing-masing sebelum menderma.  Namun begitu Papa cuba letak link-link yang boleh dipercayai sahaja (insyaAllah).  Dan insyaAllah Papa akan tambah dari semasa ke semasa. 


Rumah Bakti Dato' Harun  http://rumahbakti.com.my/Sumbangan.html

Friday, 14 November 2014

Pemadam Dan Pensil

Seronok pulak baca cerita ni..
Perbualan antara pemadam dan pensil :-

��Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

��Kenapa?
.
✏Kerana aku benci kamu.
��Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

��Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?

��Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

��Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

��Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

��Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

��Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

��Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

��Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

��Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

��✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
������������������
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

��begitu juga pemadam sanggup berkorban demi persahabatan

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Thursday, 6 November 2014

Harta vs Ilmu

Rasulullah pernah bersabda: “Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
10 Jawapan Saidina Ali...
1. ILMU ebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.

2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.

3. ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.

4. ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.

5. ILMU lebih utama kerana orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.

6. ILMU lebih utama kerana  orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa’at pada hari kiamat.

7. ILMU lebih utama kerana ilmu membawa ketenangan dan cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

8. ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.

9. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar..

10.ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah swt, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

Wassalam

Wednesday, 29 October 2014

������������

Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Falsafah Buah-buahan ... .......
��������������

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

��������������

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

��������������

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

��������������

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

��������������

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

��������������

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.



7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Saturday, 27 September 2014

KISAH TAULADAN -dipetik dr sebaran whatsapp

Assalamualaikum...

Sebuah kisah utk kita sama2 ambik iktibar... ��

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan.  Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang  tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.  Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya.  "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka?  Soal saya memula bicara.  "Isteri dah meninggal.  Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing.   Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dg masam perasaan.  Biarlah saya upah teksi.  "Dia diam sejenak.  Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.  "Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.  Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita.  "Dia mula mengesat air mata.  "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.  Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka.  Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu. 

"Allahuakbar!.  Saya pula yg menitis air mata

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.  Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.  Ya.Allah...  Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dg mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga,  akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.  Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.  Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat. 
Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, se
hingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

Thursday, 14 August 2014

Kursus Sedekah - Bayar Seikhlas Hati

Allah berfirman dalam surah Saba' ayat 39, ''Katakanlah (wahai Muhammad): ''Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya; dan Dia juga yang menyempitkan untuknya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki''.

Kebanyakan kita tahu ganjaran sedekah dan masyarakat kita memang prihatin dan alhamdulillah amalan bersedekah ini dekat. dgn masyarakat kita.

Namun sebab itulah juga, tak kurang orang atau sindiket yang mengambil kesempatan untuk menipu demi kepentingan peribadi.  Nauzubillah.  Ya Allah hindarilah kami dari golongan ini.

Disebab adanya golongan ini maka kita dirisaukan utk bersedekah.  Kalau ada budak2 atau orang yg selalu dtg di kedai kedai makan, depan bank dan sebagainya, kita sangsi lalu kita pun tidak mahu menghulur.  Selalunya kalau kita hulur pun RM 1 shj

Ada yang menyarankan agar apabila bersedekah hulurkan pada Badan2 kebajikan yang diyakini.  Masjid misalannya.  Ada juga para ustaz yang kata, bersedekah sahaja.  Insyaallah sedekah yang ikhlas ada pahala di sisi Allah.  Kalau mereka tipu, mereka akan tanggung dosa.  Allah maha mengetahui niat hambaNya.

Pendapat peribadi Papa.  Papa jadikan amalan memberi(x bnyk pn) setiap kali ada pengemis yang meminta.  Papa nak jadikan ianya sebagai latihan kepada Papa utk bersedekah.  Papa teringat ada ustaz pesan pada Papa, kalau sikit pun kita susah nak bagi, apatah lagi yang besar.  Jadi latihlah diri bersedekah. 

Marilah kita latih diri kita utk bersedekah.  Peluang latihan tu bnyk disekeliling kita.  Tak mahal sangat pun kursus tu.  Bayar seikhlas hati.

Wallahualam.

Friday, 8 August 2014

Janganlah kauketawakan orang yang jatuh, malah bersyukurlah kerana kau sendiri tidak jatuh - Prof. Dr HAMKA.

Thursday, 7 August 2014

Cukuplah Allah Tempat Kita Menyerah



����Riwayat: Tirmizi dan katanya : Hadis ini Hasan

Hadith: 

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW , “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya”. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu berkata,“Hasbunallahuwani’malwakil” 
(cukuplah Allah tempat kita menyerah)”.

����Huraian Hadith:  

Islam mengingatkan umatnya supaya jangan terlalu cintakan dunia sehingga mengabaikan amalan akhirat.

Umat Islam dikehendaki mengingati hari kiamat dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh sebagai bekalan hari akhirat. Apabila mendengar cerita mengenai hari kiamat hendaklah kita berkata,“Hasbunallahuwani’malwakil”.
Malaikat Israfil bertugas meniup sangkakala sebagai tanda bermulanya hari kiamat.

Orang yang beriman pasti merasa takut kepada kiamat kerana kejadiannya sangat dahsyat.

Rasulullah SAW bimbang andaikata kiamat berlaku ke atas umatnya yang soleh (di waktu mereka masih hidup) walaupun Junjungan mengetahui bahawa kiamat akan berlaku ke atas manusia-manusia yang jahat dan kafir (setelah dimatikan setiap orang yang beriman). 

Tuesday, 5 August 2014

Kepentingan Solat

Puasa kalau uzur tak mampu nak buat, blh ganti dengan fidyah.  Kita tak sempat ganti, anak anak kita blh tlg cvr. Haji lepas kita mati pun boleh buat upah haji.  Tapi solat, sendiri mau kena qadar. Pentingnya solat terhadap seorang muslim.

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI


Sunday, 3 August 2014

INGATLAH, HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MENJADI TENANG-Surah Ar-Ra'd:28

Thursday, 29 May 2014

Halal Dan Haram

Dah lama Papa tak menulis dalam blog Papa sebab kesibukan kerja.  Hari ini ada kelapangan, Papa ingat nak tulis sikit pasal halal dan haram ni.  Tapi Papa ni bukan orang yang arif, ini Papa tulis berdasarkan pandangan Papa dan jika ada silap tolong tegur.  Tegur menegur tu amatlah baik kita laksanakan dan bila menegur, tegurlah dengan elok supaya tidak aibkan orang yang kita tegur.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu DNA babi dalam chocolate Cadbury.  Menurut maklumat, consumer terbesar cadbury ialah Melayu yang boleh dikatakan majority ialah muslim.  Nahusubillah.  Yelah, Papa walaupun tak suka makan chocolate sebab manis, tapi bila beli chocolate tu memang jenama Cadbury antara pilihan.  Tapi Allah maha mengetahui, macam ulasan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang Papa baca di Yahoo!Malaysia (click sini); kalau di makan secara tak sengaja tak berdosa (semoga Allah ampunkan kealpaan kita).

Tapi itulah, Papa rasa kalau kita pergi ke negara bukan Islam misalnya, kita lagi confident rasanya kalau barang tu ada logo halal.  Contoh, Papa ke Singapore, mana-mana kedai makan (fast food) yang ada logo halal, Papa yakin halal.  Dalam USS pun, restaurant yang ada logo halal kami sekeluarga makan di situ tanpa ragu-ragu.  Tapi di Malaysia ni, yakin ke kita?  Adakah perlaksanaan dan pemantauan kita berkesan?  Masa ambil sijil halal patuh, lepas dah dapat, ikut bedal (mungkin nak jimat kos?).  Wallahualam.  Tapi itulah dilema kita sebenarnya di Malaysia ni.

Dalam pada itu, diri kita sendiri.  Adakah kita sentiasa berhati-hati dengan halal dan haram?  Bila kita nak buat sesuatu perkara, adakah kita fikirkan dulu dosa dan pahala?  Papa berikan beberapa scenario di sini:

1. Bak tulisan Dr Asri; ada yang lebih besar dosanya dari makan babi iaitu rasuah dan sebagainya yang tidak diambil berat sangat.

2. Notis tak kadang-kadang ada yang makan kedai India (yg nampak macam kedai mamak tu); halal ke?  Ada tak logo halal?  Papa dulu pun jenis yang tak ambik berat.  Pernah Papa makan di kedai macam tu di Bangsar(Papa ingat kedai mamak muslim), Papa notis yang dia tak jual daging lembu.  Papa mula ragu dan Papa cari certificate halal tapi tak jumpa.  So Papa dah tak makan kat situ.  Kedai tu memang ramai melayu makan.

3. Pernah juga Papa makan di kedai kopitiam yang agak terkenal.  Juga Papa tak nampak certificate halal

4. Ada orang yang Papa kenal tak nak makan di kedai yang dikendalikan oleh Cina (selalunya di food court), walaupun ada certificate halal.  Yang Papa tahu, kalau di KLCC, AEON, dsbnya, memang semua pengendali gerai makanan dalam food court tu halal.  Alasan mereka, walaupun halal tapi kalau non-muslim masak pun tak elok.  Papa hormat pendirian itu. tapi jangan pulak bila kat buffet hotel-hotel bedal tak ingat.  Yakin ke muslim yang masak makanan kat hotel tu?

5. Ada orang menulis di FB, menarik jugak apa yang dia tulis..lebih kurang macam ni la.."sibuk dengan chocolate haram.  Tapi masih ada lagi orang duduk lepak luar masjid sambil hisap rokok yang memang dah difatwakan sebagai haram".

Berdoalah kita semoga kita didorong ke arah perkara kebaikan.

Wallahualam.

Friday, 4 April 2014

Mulia Sungguh Hati Anak Muda Ini

Tersentuh hati tengok Macam Macam Aznil semalam.  Seorang anak muda yang ibunya dan dirinya dibantu oleh sebuah badan kebajikan apabila bekerja, menggunakan semula duit pendapatannya untuk menyumbang kepada badan itu supaya boleh digunakan untuk membantu orang lain pula.

Apabila Pak Nil beritahu kepada penonton, saya bayangkan dia dah berjaya (maksudnya bekerja dengan gaji yang agak lumayan).  Tetapi tidak, anak muda berusia 23 tahun ini hanya bekerja sebagai tukang jahit dan buat part time di kedai makan.

Bayangkan orang yang terhad kemampuannya seperti ini pun boleh berniat untuk membantu, menyumbang seadanya, bagaimanakah kita yang lebih mampu ini?

Marilah kita ambil ikhtibar dari kisah ini.  Mungkin kita masih susah untuk menghulur derma, namun kalau dilatih, insyaallah lambat laun kita akan biasa.  Jom sama-sama kita sedekah ke jalan kebaikan, semoga sedekah kita menjadi saham akhirat kita.

Wednesday, 19 March 2014

Nikmat Hujan

Dua tiga hari lepas Klang Valley dikurniakan Allah dengan hujan.  Alhamdulillah.  Setelah kita dilanda dengan jerebu dan masalah air, hujan turun meredakan sikit masalah tersebut.

Dalam tempoh tu Papa ada terdengar seseorang berkata, "patutlah hujan, buat pembenihan awan rupanya".  Betul tu.  Kerajaan kita ikhtiar dengan pembenihan awan dan dengan izinNya, maka turunlah hujan.  Usaha kita takkan terhasil tanpa ada Allah yang mengizinkannya.

Cuba kita ingat kembali.  Dua atau 3 minggu lepas kerajaan nak buat pembenihan awan tetapi tak dapat dilaksanakan kerana kurang awan.  Masa itu Allah tidak mengizinkannya dengan dikurangkanNya awan di udara kita.  Kemudian kerajaan tangguhkan pembenihan awan kerana beri priority kepada pencarian MH370.  Nah sekali lagi Allah tidak izinkan.

Alhamdulillah kali ini Allah izinkan dan moga-moga hujan turun bersama dengan rahmat Allah.

Wallahualam


Friday, 14 March 2014

Tragedi MH370

Tragedi MH370 masih misteri.  Sehingga tulisan ini, tiada petunjuk yang boleh dijadikan main klu untuk menjejaki pesawat itu ataupun untuk mengetahui nasibnya.  Banyak spekulasi timbul.  Papa tak nak cerita pasal spekulasi-spekulasi tu sebab tak membawa kita ke mana pun.

Apa yang Papa nak cakap;

1. Papa rasa musuh kepada teknologi ialah teknologi juga.  Kalau kita tgk, kita gunakan teknologi untuk mencari pesawat yang hilang.  Tapi dengan kecanggihan teknologi media massa juga, banyak spekulasi-spekulasi, bukti-bukti palsu, "lead" yang tak disahihkan bertebaran di ruang internet sehingga pihak SAR terpaksa buat keje lebih skt untuk mengesahkan info-info yang diterima.  Ini kerana setiap suatu laporan tidak boleh dipandang enteng sehingga disahkan kesahihannya.  Jadi agak buang masa kan?

2. Yang mencipta teknologi ialah manusia dan yang guna juga adalah manusia.  Jadi kalau digunakan dengan baik maka baiklah resultnya dan kalau digunakan dengan tidak baik, tidak baiklah jadinya.  Apa yang kita lakukan bergantung kepada niat.  Kalau sekadar nak naikkan visitor atau like FB tak payah la.  Susahkan orang sahaja

3. Tiba-tiba kita mulai kenal banyak pakar dalam negara kita.  Mungkin musibah ini mendatangkan kebaikan kepada mereka di mana orang mulai kenal fungsi mereka

4. Dan ingatlah bahawasanya yang mencipta teknologi ialah manusia dengan ilmu dan ilham yang dianugerahkan oleh Allah.  Jadi adakah ilmu kita dah cukup untuk atasi ilmu Allah?  Mestilah tidak.  Justeru itu teruslah memohon kepada Allah agar dibukakan jalan penyelesaian kepada kita.

5. Dalam pencarian pesawat ini, janganlah kita campur adukkan dengan benda yang khurafat.  Rasanya tau kot apa yang Papa maksudkan.  Papa glad pihak yang bertanggungjawab dah hantar wakil ke KLIA untuk memantau perkara ini.

6. Dengar di radio, "keranamu MH370".. ada yang tiap-tiap hari baca Yassin.  Di mana-mana ada yang buat bacaan Yassin dan doa selamat.  Dan notis jugak, kurang laporan2, cerita-cerita politik yang kadang2 penat nak baca/dengar.  Mungkin Allah nak ingatkan kita.  Masing2 kita muhasabah diri dan banyak2 beristigfar.  Moga-moga Allah bukan hanya tunjukkan kita jalan penyelesaian kepada MH370 tapi juga menurunkan hujan untuk mengatasi masalah kemarau, air dan jerebu.

7. Marilah kita berdoa kepada kebaikan dan kita serahkan kepada pasukan SAR untuk membuat pemantauan kepada pencarian MH370.  Bagi mereka sokongan dan semangat bukannya "kondem"

Mohon maaf sekiranya ada statement di atas yang menyinggung.




Friday, 21 February 2014

Kisah Sedekah

Dah lama Papa tak tulis kat blog ni.  Sejak ada whatsapp ni, banyak info-info, peringatan-peringatan yang diedarkan melalui whatsapp.  Mana-mana yang Papa rasa bagus, Papa copy & paste kat blog ni.  Kalau ada yang baca dan amalkan alhamdulillah.  Tambah la sikit kot saham Papa kat akhirat.

Bercakap pasal saham akhirat, salah satunya ialah sedekah.  Papa rasa ramai yang dah tahu kelebihan bersedekah.  Selain dimurahkan rezeki, ianya juga boleh menjadi penolak musibah.

Sebenarnya, Papa bukan nak cerita pasal kebaikan sedekah yang ramai dah tahu.  Tetapi Papa nak cerita pasal kisah yang Papa dengar dari radio lebih kurang 2 minggu sedah kot.  Sekadar kongsi apa yang Papa dengar yang diceritakan oleh ustaz dan DJ radio tu semoga boleh dijadikan renungan kita dan memberi lebih motivasi untuk kita bersedekah.

Lebih kurang begini lah yer citer dia:

Cerita yang pertama; pasal Ustaz ni yang tanya seorang pelajar sekolah (tak pasti sekolah rendah ke menengah).  Pelajar ni dapat duit belanja RM 1 sehari.  Jadi Ustaz ni tanya, cukup ke nak makan dengan RM 1 sehari.  Budak ni jawab, dia makan selang hari.  Hari Selasa dan Khamis.  Jadi ada la RM 2 untuk beli makanan.  Ustaz ni tanya, habis tu duit hari Jumaat buat apa?  Dia jawab, sedekah kat masjid.  Masyaallah.  Seorang pelajar yang nak makan pun tak berapa cukup untuk diri sendiri, masih ada matlamat untuk bersedekah.  Apakah kita yang dah bekerja, mampu pakai smartphone dengan 3G, boleh minum chattime setiap minggu tapi masih lokek nak bersedekah.  Jadi marilah kita renung diri kita sendiri.

Apa2 pun saya yakin budak itu mendapat didikan yang baik dari ibu dan bapanya.  Ambil iktibar juga semoga kita dapat didik anak kita dengan baik.

Cerita yang kedua, pasal kawan kepada DJ ni (wanita) yang meninggal dunia.  Bila dia tengok jenazah, mukanya bercahaya.  Setahu dia, jenazah bukanlah jenis yang banyak amalan sunat (dari segi solat sunat atau puasa sunat).  Jadi menimbulkan persoalan la kepada DJ ni.  Lalu dia tanya kat mak jenazah, masa hayatnya apa yang jenazah selalu buat.  Mak jenazah jawab, anak dia bila dah bekerja setiap kali dapat gaji, benda pertama yang dia lakukan mesti tanya mak dia apa yang mak dia perlukan.  Dia akan penuhi keperluan mak dia kemudian barulah lebihan tersebut dia pakai untuk diri dia.  Sehingga dia kahwin dan ada anak pun, dia akan dulukan keperluan mak dia.

Itulah dua kisah yang Papa nak share semoga dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.



Ingat Akan Mati

Hari ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yg kita suka. Selepas itu kita ke almari dan pilih baju apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka. Kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yg kita kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..

Selepas sembahyang kita boleh pergi kemana sahaja kita nak pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang ke rumah...

TETAPI... Suatu hari nanti...

Kita x mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..

Kita dah x boleh pakai pakaian yg kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita dah x boleh pergi mana2 KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaituTANAH PERKUBURAN...

diwaktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yg ada selama ni adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yg kita selama ini terpadaya dgn keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".

~Surah Al-'Asr.

AIRMATA RASULULLAH ﷺ

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"  tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu...

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Friday, 24 January 2014

Cerita Yang Perlu Dibaca - Insyaallah Bermanfaat

Ini hanyalah sebuah cerita kalau kita anggap ianya hanya cerita.  Tetapi kalau kita hayati pengajaran di sebalik cerita ini, insyaallah bermanfaat.

Ceritanya:

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. 

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan.  Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.                                                                                                                                                                                                                                                                       
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.  Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.                                                                                                                                                                                                              
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." 

Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.                                                                                                                                                                                                                                                                  
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.                     

"Paham cikgu..."                                                                                                                                                                                                                                                                     
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.                                                                                                                                                                                                                                     
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .                                                                                                                                                                    
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.                                                                                                                                                                 
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan."                                                                                                                                                                                                              
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."                                                                                                                                                            
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".                                                                                                                                                                 
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...                                                                                                                                                               
Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.

Notes: cerita ini dipetik dari sebaran di internet dan bukan karangan Papa.

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Berikut adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W dan khasiatnya.  Mungkin ada yang nak ikut amalkan amalan permakanan ini.  Kalau niat kerana ikut sunnah insyaallah akan dapat pahala.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W          

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.         

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.     

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut   

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.          

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.          

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.          

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.          

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.          

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.          

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati