Apabila seseorang yang rapat dengan Papa, masih muda dan tidak pernah disangka akan 'pergi' seawal ini, kesannya sungguh mendalam. Benarlah orang kata hidup ibarat pelita, bila2 masa apinya boleh padam. Mungkin minyaknya habis, atau ditiup angin.
Betapa kita tak tahu bilakah masa kita. Adakah kita sudah meminta maaf kepada orang yg kita buat salah? Adakah kita sudah memaafkan kesalahan mereka yg kita sayang? Dengan orang tersayang lagi cepat tersinggung bukan?
Mungkin mulai saat ini kita perlu sentiasa memohon maaf dan memaafkan. Juga sentiasa berfikir untuk berbuat baik dan tidak berbuat jahat terutama dengan manusia.
Kerana mati itu tidak kita ketahui masanya, tetapi mati itu pasti.
No comments:
Post a Comment