Perjalanan hidup sebagai manusia akan berakhir dengan kematian. Akhirnya tiada apa yang kita tinggalkan kecuali 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak-anak yang solleh yang mendoakan kita
3. Sedekah dan amal jariah

Blog ini diharapkan akan menjadi peninggalan Papa di dunia ini. Di harap info-info, articles, nasihat, pengajaran dan apa jua di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca. Justeru itu, harapan Papa agar sekiranya ada maklumat di dalam blog ini yang diragui kandungannya sila tegur Papa dengan segera agar ianya dapat di buang dari blog ini.Papa mohon maaf sekiranya ada kandungan di dalam blog ini yang menyinggung, sila berikan teguran

Pages

Wednesday, 18 March 2015

Pahala Kaum Hawa

Sayidatina Asma binti Yazid merupakah seorang wanita Ansar. Suatu hari, beliau bertemu Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, Tuan lebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya.

Saya ialah utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa Tuan. Sesungguhnya Tuan diutuskan sebagai Nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah kami kaum wanita beriman dengan Tuan dan Allah SWT.

Namun, kami tinggal di dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami menjadi teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami.

Namun, kaum lelaki mendahului kami dalam amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, bersolat jemaah, menziarahi orang sakit, menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan mereka berjuang di jalan Allah SWT.

Apabila mereka pergi haji atau berjihad maka kamilah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan menjaga anak-anak. Adakah kami tidak dapat berkongsi pahala amalan mereka?”

Setelah mendengar soalan itu, Rasulullah SAW berpaling ke arah para Sahabat lalu bertanya, “Pernahkan kamu mendengar seseorang bertanyakan soalan agama lebih baik daripada wanita ini?”

Para Sahabat menjawab, “Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh bertanyakan soalan sedemikian.”
Kemudian, Baginda berpaling ke arah Asma dan berkata, “Dengarlah dengan teliti dan cuba fahamkan.

Kemudian, pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carikanlah kesukaannya serta tunaikanlah kesukaannya itu.

Maka, pahala bagi semua amal kebajikan tadi adalah sama antara kamu dengan mereka.”

Moral:

Keutamaan ibadah wanita dalam mentaati suami (dalam perkara ma'ruf)..

Itulah sifat para wanita pada zaman Rasulullah SAW yang mahu berlumba-lumba dalam memperoleh pahala.

Disebabkan kaum wanita pada zaman itu kebanyakannya tidak terlibat dalam amal-amal ijtimaie yang besar ganjarannya, maka mereka berasa bahawa pahala amalan mereka berkurangan.

Maka, sebab itulah mereka menghantar Sayidatina Asma sebagai wakil untuk bertanyakan hal tersebut.

Maka, Rasulullah SAW memberitahu bahawa, hanya dengan mentaati suami dan menyempurnakan kesukaan suami, kaum wanita tetap mendapat pahala yang sama seperti pahala suaminya.

No comments:

Post a Comment