Sedang makan di sebuah food court (dalam mall), ternampak kelibat seorang cleaner lelaki sedang menuang air yang tidak habis (agak bnyk juga) ke dalam sebuah botol lalu disimpan.
Mula2 rasa jijik juga melihatnya namun terfikir bahawa mungkin air tu jenis mahal, tak mampu kot cleaner tu nak beli tp tekak teringin. Ye lah dok tengok tiap2 hari orang beli.
Di food court begitu, air soya yang selalu di luar harga rm 1.50 pun boleh jadi rm3.00. Papa ni kalau makan kat food court Mid Valley misalnya air beli siap2 kat Carrefour (sekarang AEON). JIMAT.
Berbalik kepada kisah tadi, Papa fikir...dalam kita berkemampuan membeli dan menikmati makanan yang kita hajati, ada di luar sana orang yang tidak mampu.
Anak2 kita mampu paling tidak KFC sebulan sekali tetapi ada di antara (x payah pg jauh) kawan2 mereka di sekolah yang tidak mampu.
Adakah kita bersyukur dan tidak membazir? Bersyukur biasa la. Semua tahu. Papa pun pernah buat entry pasal bersyukur.
Membazir? Adakah kita suka membazir atau kita ikut kemampuan? Cerita tadi, kenapa terlalu bnyk air tak dihabiskan? Kita ni kadang2 lepas makan bukannya minum banyak sangat, boleh je share2 air anak beranak. Macam kedekut pulak ye? Tapi ambik konsep begini...katakan 2 air minuman harga rm6, tp kita pakai concept sharing td(sbb tau xkan hbs especially bebudak), beli satu je. Jimat rm3. Rm3 yang kita 'kedekut'kan tu boleh kita gunakan untuk bersedekah.
Okaylah....cth tu mungkin nampak kecil. Ye lah nak relate dengan citer air tadi.
Dalam scope yang lebih luas, ada orang yang berkemampuan membeli kasut, beg tangan jenama mahal2..Bukan satu, dua..tapi simpan berbagai koleksi. Beribu riban dibelanjakan, tetapi akhirnya yang dipakai adalah 'favourite' sahaja. Itu yang diulang2 pakai. Membazir tak rasa? Papa mention dia mampukan tadi? Cuba pikir, kalau dia 'kedekut', beli sekadar apa yang perlu, nescaya duit yang lebih tadi dia mampu bersedekah.
Pilihan di tangan kita. Tak salah jadi 'kedekut' di satu sisi tetapi pemurah di sisi yang lain.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment